Lepas rindu nak makan nasi lemak kuning, buat sendiri je

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Bagi sesiapa yang selalu melancong ke utara negara, pasti anda perasan bahawa kebanyakan nasi lemak di sana berwarna kuning.

Tidak hanya berbeza warna, tetapi juga mempunyai rasa yang istimewa kerana tidak mengandungi santan dalam masakannya.

Jika anda mengidamkan nasi lemak istimewa ini, jangan risau, mari kita lihat resepi yang dikongsi oleh Puan Nor Asiah.

Lepas rindu nak makan nasi lemak kuning, buat sendiri je

Bahan-bahan untuk membuat nasi:

Tiga cawan beras
Dua tangkai daun kari*
Bawang kecil yang dihiris*
Bawang putih yang dihiris*
Halia*
Empat rempah sekawan*
Daun pandan*
Dua sudu marjerin
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit serbuk kunyit
Cara-caranya:

1) Goreng bahan yang tanda (*) sampai harum dan berwarna keemasan.

2) Selepas itu, masukkan air secukupnya mengikut ukuran beras, serbuk kunyit, garam, dan sedikit kubis ayam (jika suka).

3) Apabila air sudah mendidih, masukkan beras dan biarkan masak sepenuhnya.

4) Setelah nasi masak, tambahkan mentega dan tutup periuk, biarkan selama empat minit.

Selepas itu, buka dan kacau rata.

5) Nasi sudah siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan untuk sambal:

Cili Kering kisar
Bawang besar dan sedikit belacan (dikisar)
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Bawang putih (diketuk)
Cara masak:

1) Panaskan bawang putih yang telah diketuk hingga wangi, kemudian masukkan cili yang telah dikisar.

Gaul sehingga garing atau bau naik.

2) Campurkan bawang yang telah dikisar, sos cili, sos tiram, dan sedikit gula merah.

3) Tumis sehingga keluar minyak, kemudian tambahkan sedikit air, air asam jawa, dan garam.

4) Setelah mendidih, tambahkan pilihan lauk seperti udang, ikan bilis, sotong, dan lain-lain mengikut kesukaan.

Selamat Mencuba!

Baca:“Doktor kata isteri aku ada depression, orang kampung kata meroyan tapi masa aku video call dia boleh gelak senyum, rupanya anak aku..”