‘Lepas mak meninggal, abang minta seorang RM200 untuk kemas rumah pusaka, padahal dia yang duduk kat rumah tu’

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Malam ni aku tak boleh tidur. Aku rasa abang aku dah keterlaluan. Dia memang dah di diagnosed dengan Bipolar Disorder.

Dia ambil ubat. Tapi aku tengok dia macam m4kin teruk. Aku rasa sekarang dia macam dah develop halusinasi atau psik0 pun ada.

Aku dan 6 beradik aku yang lain memang kesian kat dia. Tapi, sekarang aku dah tak sanggup nak kesian.

Sebab dia melampau sangat. Lagi – lagi lepas apa yang dia buat kat keluarga aku, terutamanya pada arw4h mak aku.

1) Bulan lepas dia call sekolah tempat kerja Abang Long aku. Dia bagitau kerani tu yang Abang Long aku ada hutang puluh ribu kat dia.

'Lepas mak meninggal, abang minta seorang RM200 untuk kemas rumah pusaka, padahal dia yang duduk kat rumah tu'

Dia telefon hari – hari sampai nama abang aku naik dan kena panggil dengan Pengetua.

2) Sebelum ni, masa mak aku masih ada, dia suruh mak aku keluar dari bilik yang memang tu bilik mak ayah sejak kitorang kecik lagi. Dia cakap bilik mak aku selesa ada aircond. SEMUA barang mak aku dia keluarkan.

3) Abang aku ni no 3. Belum kahwin sebab dia memang nampak sangat tak betulnya. Tapi cakap nak gebang je. Kerja pun dekat Econsave je. Tapi setiap kali nak beli baju atau raya, dia suruh mak aku beli baju mahal – mahal.

4) Paling geram bila pergi bercuti. Kami taja bilik mak dan ambil satu extra katil untuk dia. Dia taknak dan demand kami adik beradik taja bilik dia sorang. Nak bilik mahal pula tu. Kami yang berkeluarga ni pun duduk bilik murah – murah. Kalau tak buat, dia canang merapu – merapu kat medsos sambil ambil gambar curi kami semua.

5) Tahun lepas, mak aku s4kit. Jadi kami decide untuk gilir – gilir jaga mak kat rumah kami. 4 bulan juga mak duduk dengan kami sebelum hembuskan nafas terakhir. Al-fatihah untuk mak.

6) Abang aku sekarang duk sorang kat kampung, meroyan tak tentu hala. Dia pergi tulis kat FB yang kami semua tak ambil kisah rumah pusaka. Dan semua letak atas bahu dia sorang. Dia lah kena basuh tandas, kena p0tong rumput depan rumah sekangkang kera je pun rumah teres, kena kemas rumah segala.

7) Tiba – tiba masuk wasap family, dia minta adik beradik sorang RM200 untuk dia panggil orang kemas rumah setiap bulan. Sebab rumah bersepah terutamanya dapur. Ya Allah. Dia sorang je kot duduk rumah tu. And kami adik beradik, selalu je tolong kemas rumah masa mak masih ada.

Sekarang ni, kami pun takde perasaan nak balik sebab semua kawasan dalam rumah tu dia dah jadikan ‘hak’ dia. Itu ini tak boleh sentuh. Anak aku pun pernah kena kutil sebab pakai shower foam dia masa nak mandi.

8) Kami pun tak setuju. Walaupun RM200 tu bukan banyak mana. Lepas arw4h mak meninggaI, memang kami dah kemas rumah tu secara total dan memang kemas sangat jadinya. Kiranya sekarang ni kami dah hilang kesabaran sebab selalu disuruh – suruh dan wajib ikut. Dulu masa mak ada, kami ikut je rentak abang sebab hormatkan mak.

9) Ayat paling geram abang aku ialah, “adik beradik semua lepas tangan dan biar dia tanggung bil air dan elektrik kat rumah ni,” Padahal dia yang pakai air dan elektrik tu sorang – sorang. Faham tak? Lepastu kak Cik aku dah geram sangat dan cakap, abang aku yang tak sedar diri, duduk rumah pusaka percuma. Kalau banyak hal sangat, rumah tu kita jual je. Kau tak payah susah – susah bayar bil semua.

10) Disebabkan ayat Kak Cik aku, sekarang abang aku terus tulis bukan – bukan kat media sosiaI pasal kami. Dia cakap kami giIakan harta dan semua harta mak ayah nak dijual. Aku kesian kat adik beradik aku. Terutamanya abang long.

Dia yang paling baik, bawa abang aku tu pegi hospitaI, amik ubat dan appointment semua. Tapi abang long aku antara yang paling banyak ‘kena tik4m’. Hubungan dia dengan isteri dia kak long pun pernah terganggu sebab masalah abang aku sorang tu.

11) Aku menulis ni sebab nak meluah je. Aku harap lepasni aku dah boleh tidur dah. Aku pun tak tahu adakah aku jahat bila aku marah kat abang aku? Adakah orang yang kena menghadap pes4kit mental ni akan dilabel jahat bila dah tak mampu bersabar?

Adakah orang s4kit mental ni ada hak eksklusif untuk buat apa je yang dia suka, dan orang yang diser4ng macam kami ni wajib senyap sebab mereka ada tiket s4kit mental? Adakah kami, caretaker atau penjaga orang s4kit mental ni tidak layak untuk bahagia?

Boleh tak kalau aku tak perlu lagi ada kaitan dengan abang aku lagi sebab dia dah tulis dan fitnah aku macam – macam kat media sosiaI, sampai aku pernah tak boleh tidur beberapa bulan dan effect kat anak – anak dan suami aku juga.

12) Kalau ada pembaca kat sini yang pernah alami kehidupan macam aku dan adik beradik, tolong share apa yang patut kami buat. Untuk pengetahuan korang juga, Kak Cik aku sekarang dah pun didiagnose anx1ety sebab ser4ngan bertubi – tubi abang aku dekat media sosiaI, kat ofis kakak aku, kat anak – anak dia. Yang part ser4ngan kak cik aku tu nanti aku tulis lain. Kalau korang berminat. Doakan aku dan keluarga. – Lynn (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Salina Gunawi : Kali ni baca confession dan comment macam macam ilmu saya dapat. Thanks ye you all. Saya pernah je hadap orang yang seolah dia dis4kiti. Sebenarnya dia yang banyak meny4kiti orang lain. Saya memang tak ambil peduli tentang dia tapi dia kacau suami saya pula. Dia lupa siapa yang sentiasa ada dengan saya. Saya dah ampunkan segala d0sa – d0sa dia terhadap saya. Semoga Allah menempatkan dia ditempat yang baik – baik. Amiin…

Donna Karen : Ada bukti dia memang s4kit mental kan? Memang dah refer pakar kan? So abaikan je lah. Paling penting jaga keselamatan keluarga sendiri. Anak – anak. Bipolar ni bah4ya, kang tiba – tiba bvnvh tik4m orang pun tak sedar.

Kira kalau dalam maqasid syariah, menolak mudharat besar dengan berbuat mudharat kecil. Lagi bagus daftar kan je lah kat pusat – pusat mental, hantar sana terus. Kalau taknak, biarkan je lah dia tulis merapu – rapu tu dalam medsos, korang block je.

Keluar dari group whtsapp family, buat whtsapp group lain tanpa dia. Simpan nombor jiran – jiran, tanya perkembangan dari jiran – jiran, atau upah sesiapa untuk pergi jenguk dari jauh je hari – hari.

Cukuplah setakat tu ikhtiar korang. Dia pun kerja biar dia tanggung diri sendiri. Gaji econsave tu cukup sangatlah untuk dia sorang hidup. Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI.

BACA: Pelik tapi benar, wanita masih lagi mengandung 46 tahun tak lahirkan anak