Lepas ikan bukan spesies tempatan dalam tasik Shah Alam, MBSA tampil beri penjelasan selepas dikecam netizen

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendapat kecaman kerana didakwa melepaskan spesies ikan yang dilarang

Di Tasik Bandaraya Seksyen 14, Shah Alam semasa pelancaran pertandingan memancing baru-baru ini.

Difahamkan, ikan yang dilepaskan adalah daripada jenis Patin Siam atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus, yang merupakan spesies invasif dari Sungai Mekong.

Acara tersebut yang dikongsi di halaman Facebook MBSA telah menarik perhatian ramai, dan mereka mempertikaikan

Tindakan pihak berkuasa tempatan yang didakwa melepaskan spesies yang dianggap boleh mengancam ekosistem.

Lepas ikan bukan spesies tempatan dalam tasik Shah Alam, MBSA tampil beri penjelasan selepas dikecam netizen

Jabatan Perikanan Selangor (DOF) turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan ini.

Pengarahnya, Noraisyah Abu Bakar, menyatakan bahawa tindakan melepaskan spesies asing seperti itu boleh mengancam ekosistem tasik serta spesies tempatan dan keseimbangan biodiversiti.

“Pelepasan ikan asing yang tidak terkawal boleh menyebabkan persaingan sumber makanan dan habitat dengan spesies tempatan, serta membawa penyakit baharu yang berbahaya kepada populasi ikan asal,” katanya.

Namun, dalam kenyataan terbaharu, MBSA menafikan dakwaan tersebut. Mereka menjelaskan bahawa pelepasan ikan itu bertujuan untuk mengawal keseimbangan spesies dan populasi ikan di Tasik Shah Alam.

MBSA juga menyatakan bahawa ikan yang dilepaskan adalah daripada spesies Pangasianodon hypophthalmus atau Patin Siam.

Menurut mereka, berdasarkan rujukan dari poster dan senarai spesies ikan asing yang dilarang di Portal Jabatan Perikanan Malaysia, tiada larangan khusus terhadap pelepasan spesies Patin Siam.

MBSA turut memaklumkan bahawa ikan yang dilepaskan diperolehi daripada pembekal berdaftar dengan Jabatan Perikanan.

Mereka menambah bahawa rujukan lanjut akan dibuat dengan DOF bagi memastikan spesies ikan yang dilepaskan pada masa hadapan adalah spesies yang dibenarkan.

BACA: Haiwan paling beracun didunia, no.1 tu kalau pegang boleh rosak ginjal manusia