Lepas dengar suara Fazura, Sharnaaz berhasrat keluar single pertama

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Pelakon Sharnaaz Ahmad berseloroh dengan menyatakan bahawa suara beliau hampir serupa

dengan aktres Fazura, yang baru-baru ini menerima pelbagai kritikan daripada warganet.

Dalam ruangan komen di Instagram era.je, Sharnaaz, atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad,

Beliau turut berseloroh dengan mengatakan dirinya yakin memiliki peluang untuk mengeluarkan ‘single’ selepas melihat video nyanyian bekas isteri pelakon Fattah Amin itu.

“Okey, aku ada geng. Suara kita lebih kurang ni.

Lepas dengar suara Fazura, Sharnaaz berhasrat keluar single pertama

“Aku ada chan (peluang) ni dengan single aku akan datang,” tulisnya di ruangan komen.

Komen Sharnaaz itu turut menarik perhatian ramai, termasuk bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali.

Suara Lebih Kurang Seperti Fazura

Sebelum itu, pelakon sensasi Fazura, atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, membuat persembahan nyanyian secara langsung untuk single terbarunya, Bertahan Demi Cinta, dalam sebuah program temu bual bersama Sea Today di Jakarta, Indonesia.

Namun, nyanyiannya mendapat kecaman dari netizen yang menyifatkan ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak mempunyai ton suara yang merdu.

Selain itu, mereka turut mempersoalkan keyakinan diri Fazura untuk terjun ke bidang nyanyian.

Dalam program yang sama, Fazura turut menjelaskan bahawa lagu Bertahan Demi Cinta mengisahkan tentang seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai.

Dia juga mendedahkan bahawa dia tidak menyesal dengan berakhirnya hubungan dengan bekas suaminya, Fattah Amin, selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Sebagai makluman, pasangan selebriti itu telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam pada hari ini selepas lebih tujuh tahun berumah tangga.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.

BACA: Ahli Parlimen PN persoal kerajaan kenapa cepat sangat ‘move on’ selepas lamaran MoU ditolak