“Lepas anak aku habis belajar, dia lari rumah sebab aku dan suami tak bagi dia kerja, kalau kerja bagi RM2000 sebulan takpe juga, RM200 je dia bagi”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Aku ada problem besar dengan anak no. 2 aku. Aku ada 5 orang anak. 3 dah dewasa, 2 masih lagi remaja di sekolah menengah

Problem aku dengan anak no. 2 aku ni. Dia ni perempuan. Aku namakan dia Pink (bukan nama sebenar).

Fast forward aku dan suami hampir kahwin selama 30 tahun. Dan Pink pun membesar, menjadi seorang gadis.

Dah graduated with flying colors. Dah besar umur dalam 27. Selepas habis belajar, dia lari rumah sebab aku dan suami tak bagi dia kerja.

Masa belajar pun Pink mintak izin kerja part time. Dah tentulah aku tak bagi. Suami kerja kerajaan kot.

"Lepas anak aku habis belajar, dia lari rumah sebab aku dan suami tak bagi dia kerja, kalau kerja bagi RM2000 sebulan takpe juga, RM200 je dia bagi"

Aku pun kerja gaji besar. Lepastu Pink cari biasiswa dan dapat alhamdulillah. Kami stoplah bagi duit. Tapi Pink banyak kali cakap tu bukan biasiswa tu pinjaman je.

Tapi dia dah tak pernah mintak duit kami lepastu. Tapi kadang – kadang ada la bagi 100 ke 200 setiap kali balik cuti sem. Pink kata after habis belajar dia kena bayar balik. Lepas grad Pink dapat tawaran kerja dari lecturer dia tapi suami tak bagi.

Yelah aku dan suami nak pergi haji umrah pergi mana apa semua dia lah kena jaga adik – adik dia. Plus, Pink la kena tolong aku buat kerja – kerja rumah time aku kerja. Masa dia belajar aku penat jaga family ni apa salahnya dia tolong pun.

Memang tak kenang budi dan derh4ka bagi aku sebab lari rumah. Tinggal macam tu je tak fikir kami langsung. Bila tak kerja nak mintak – mintak aku dan suami beli macam – macam. Sekali dua je la bagi kadang – kadang tak bagi langsung. Skincare la bodycare la, walhal shampoo sabun apa semua kan ada.

Tapi Pink ni lain daripada gadis – gadis sebaya dia. Pink ni senang cakap tak cantik, tapi sibuk nak beli macam – macam. Aku dan suami tak bagiIa. Make-up pun tak, Bergaya pun tak. Dia asal boleh je. Macam t0mboy pun ada. Dia bersih kemas tapi tak menarik pun.

Aku ni takde lah k3jam sangat. Kadang – kadang bagi je baju baru, tudung baru untuk dia tapi dia pakai sekali dua je lepastu dah tak pakai. Baju dan tudung lama aku pun aku bagi tapi dia pakai sekali dua je. Kadang – kadang tak pakai langsung. Macam tak bersyukur dan tak hargai.

Dah berapa bulan Pink ni lari rumah, aku guilt trip dia suruh balik dan dia balik. Masa dia balik, dia kata dia dah kerja kat tempat dia lari tu. Dia kata dia janji bulan – bulan dia akan balik. Walaupun aku tau jauh dan penat dia pulak kerja asyik OT. Keluar pagi balik malam tapi janji tetap janji kan.

Lepastu, kerja gaji pun takat 3k je. Bagi kat aku dan husband 200 sorang sebulan. Apa lah sangat ciput camtu, kalau 2k ke apa tak pe jugak nak bagi. Tak lama lepastu kantoi bila abang aku, pakcik dia, melawat dekat area rumah sewa dia, dia kerja part time sampai pagi.

Masa – masa ni pulak Pink pun ada cakap dia ada hasrat nak berkahwin. Baru habis belajar dan kerja sekejap nak kahwin. Memang aku tak bagiIa. Suami ada bagitau, boyfriend Pink ada mesej dia nak berkenalan. Suami aku ignore je mesej boyfriend Pink tu.

Pasal kerja part time tu, suami aku agak marah and terk3jutlah. Dah ada kerja kenapa kerja part time lagi. Pink kata time cuti kerja biasa, dia kerja situ. Geram la aku. Masa dia balik aku dan suami p4ksa dia berhenti semua kerja dan aku carikan dia kerja lain kat rumah siap – siap.

Dia kata dia boleh berhenti tapi dia tak nak kerja aku carikan. Memang taklah aku bagi. Susah – susah aku carikan tak nak pulak. Nasib baik dia dengar cakap. Dia berhenti kerja, Lepas balik, dia terus kerja kat tempat aku carikan pulak. Lepastu dia buat problem lagi.

Pink ni tahan dua minggu je. Lepastu mula tak datang. Lepastu aku carikan lagi kerja lain, dia lepas interview tapi dia tak pergi jugak. Pink kata dia dapat tawaran kerja kerajaan kat tempat kat area dia kerja dulu. Aku dan suami tak bagiIa. Dah lah jauh, balik sebulan sekali.

Lepastu dah dekat 4 tahun dia mengangggur. Duduk rumah saje, tak buat apa. Setakat buat kerja rumah. Aku suruh buat affiliate dia kata ya, tapi tak buat – buat. Aku suruh mohon sana sini siap hantar link macam – macam lagi, dia diam je.

Duit memang aku bagi 4 or 5 bulan RM100 kadang – kadangla untuk dia beli apa dia nak. Kadang – kadang tu pun dia tak nak tapi p4ksa jugak dia ambik. Yela tak nak la nampak k3jam sangat dengan dia. Tu pun kadang – kadang tak bagi jugak. Yelah tak kerja kan.

Sepupu – sepupu dia, anak – anak kawan aku semua even lagi muda kerja korporat, beli tanah, beli emas. Dia? Duduk je bilik dalam rumah. Dia ada berjinak – jinak buat kuih. Aku suruh dia jual. Macam biasa dia kata ya tapi tak buat – buat.

Aku pun dah tak tau nak buat and cakap apa lagi dah. Aku kadang – kadang abaikan si Pink ni dan kadang – kadang tak tegur dia sampai berbulan – bulan even duduk serumah. Dia pun asyik duduk bilik je, walaupun dia buat kerja – kerja rumah.

Habis masak, masuk bilik. Habis sapu, masuk bilik. Habis lipat baju, masuk bilik. Dia tak ada lah buat muka atau apa – apa tapi dia tak tegur aku, buat apa aku tegur dia. Waktu raya lagiIah tiap – tiap tahun selamba je cakap bila orang tanya kerja apa dia kata duduk rumah je sambil cari kerja.

Tapi aku tau dia tipu. Dia tak cari pun. Sekadar jadi pemanis mulut berbual dengan orang je. Apa lah masalah dia. Dah la tak kerja. Apa – apa kerja tak nak. Sekarang zaman online kerja wfh pun tak kerja. Aku buntu dah tak tau nak buat apa. Apa patut aku and suami buat dengan si Pink ni ya? – Magenta (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Akmar Azami : Simpati pada Pink. Sedihnya.. seorang ibu boleh labelkan anak derh4ka, siap confess di sini dengan ayat – ayat yang andai kata si anak tahu ibunya yang tulis, mesti si anak terIuka. Seorang ibu hatta anak macam mana sekali pn, doakan lah yang terbaik dan jangan putus berdoa.

Pernah tak si ibu dan ayah tanya apa impian dan harapan anak? Pink dah buat yang terbaik sebagai anak, dapat result cemerlang, apply kerja dah dapat tapi semua dinafikan oleh mak dan ayah

Hanim Jamel : OMG! Selfishnya mak bapak. Kalau aku jadi pink memang aku lari tak balik rumah terus. Anak tu dah baik dah nak berdikari korang sekat, bila dia dok rumah korang complaint pulak.

BACA: Leona dedah pernah jejak kaki ke Palestin, ini pesanan wanita Palestin kepada Leona