“Lepas aku beranak je memang kerap gaduh dengan suami, minta belikan pampers pun dia hamun”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Ada sebab kenapa zina itu haram, kahwin pula hanya sekadar untuk menutup aib kerana sudah terlanjur bersama pasangan.

Bila dah berkahwin hilang habis nikmat semasa bercinta, kemudian salahkan takdir bila komunikasi tidak berjalan.

Seorang wanita nekad mengahwini suaminya selepas terlanjur namun segalanya berubah selepas dia melahirkan anak.

Aku baru berkahwin tahun lepas, itu pun sebab terlanjur dengan suami dan sejak aku beranak, kami berdua memang gaduh setiap hari.

Suami macam tak kisah dengan kehidupan rumah tangga kami, terbaru gaduh sebab aku minta dia belikan pampers anak.

“Lepas aku beranak je memang kerap gaduh dengan suami, minta belikan pampers pun dia hamun"

Aku tak bekerja, bukannya sebab tak mahu tapi anak aku ni terlalu rapat, dia akan menangis bila orang tak dikenali pegang dia.

Sekarang ni suami asyik marah suruh aku pergi rumah mentua, dulu lepas bersalin aku duduk dengan mentua sekejap.

Masalahnya keluarga mentua ni suka sangat mengarah itu ini tanpa fikir perasaan aku, kalau aku buat sekalipun masih ada yang salah di mata mereka.

Dari aku mula kahwin sampai sekarang ada sahaja layanan mereka terhadap aku, bukan aku nak merungut, biasalah nak susah senang hidup dengan suami.

Tapi suami aku ni macam nak hidup senang seorang diri sahaja, aku sampai rasa aku dan anak ni beban dalam hidup dia.

Tambahan aku tengah mengandung anak kedua, jadi tertekan dengan perangai suami yang tak pandai tolenrasi sampai hilang selera makan aku.

Bukannya aku minta duit atau harta, cukuplah dia memahami. AKu dan anak bukanlah barang yang dia boleh lempar ke sana dan ke sini.

Kalau dia rasa aku dan anak ni hanya menyusahkan, maka aku boleh angkat kaki, aku menangis sekalipun dia tak pujuk, dia tinggalkan aku ada lah.

Bila pandang muka anak, aku rasa sayu. Aku ni datang darri keluarga yang ibu bapanya bercerai dan sejak kecil dijaga oleh datuk dan nenek.

Aku faham rasa ada ibu bapa yang tak pernah ambil peduli dan aku sebolehnya tak nak anak aku rasa perkara sama.

Baca juga: Melancong di Pulau Pinang paling murah di dunia ini sebabnya