Lepak di taman bawa padah, 6 dikompaun langgar SOP

Lepak di taman bawa padah, 6 dikompaun langgar SOP

Enam lelaki yang dikesan berkumpul di sebuah taman permainan di kawasan perumahan Toh Jabit di sini dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, tindakan ke atas mereka yang berusia antara 18 hingga 26 tahun itu dikenakan mengikut Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Menurutnya, pada petang sebelum kejadian, anggota yang melakukan pemeriksaan rutin telah terlihat sekumpulan lelaki bermain bola sepak di taman permainan sama, namun kesemua mereka telah dipanggil dan diberikan nasihat.

“Bagaimanapun rondaan pada sebelah malam sekitar jam 11.30 malam pula, polis mengesan kehadiran sekumpulan lelaki berkumpul di taman permainan itu.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka melanggar SOP ditetapkan. Susulan itu, enam notis kompaun telah dikeluarkan kepada semua individu berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, orang awam diingatkan untuk terus mematuhi SOP ditetapkan kerajaan bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Aktiviti berkumpul seperti dilakukan mereka sama sekali tidak dibenarkan sepertimana digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh PKP ini,” katanya.

Berita penuh : http://asamboi.net/enam-lelaki-dikompaun-lepak-di-taman-permainan/