lembu memiliki tabiat unik mengadap arah yang sama semasa meragut rumput ini puncanya

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Kawanan lembu diketahui memiliki satu tabiat aneh yang mana tabiat tersebut sukar untuk difahami walaupun menggunakan penjelasan saintifik.

Menurut pengkaji dari Jerman, lembu-lembu memiliki kebarangkalian untuk menghadap utara ataupun selatan ketika meragut rumput ataupun berehat.

Manakala kajian menerusi imej satelit menunjukkan lebih dari 8,000 lembu menghadap arah yang sama semasa meragut rumput.

lembu memiliki tabiat unik mengadap arah yang sama semasa meragut rumput ini puncanya

Medan Magnetik

Setakat ini, sains masih belum mengenalpasti punca atau sebab yang mencetuskan tabiat unik, namun para pengkaji dari Jerman telah mengeluarkan beberapa teori.

Sejak duhulu, beberapa haiwan seperti lebah, burung dan ikan dikenalpasti menggunakan medan magnetik Bumi untuk menentukan kedudukannya.

Maka, para saintis telah membuat teori bahawa lembu juga bergantung pada medan magnetik Bumi. Walaupun tiada kajian yang dapat menilai ketepatan teori ini tetapi para saintis percaya bahawa ini adalah satu bidang yang perlu dikaji pada masa yang akan datang.

Angin dan Cahaya

Walaupun pada awalnya ada yang berpendapat angin dan cahaya mungkin mempengaruhi tingkah laku ini, namun permerhatian lanjut tidak menemui sebarang perkaitan.

Kajian menunjukkan bahawa lembu akan menghadap angin ketika angin bertiup dengan agak kencang. Lembu juga memiliki kecenderung untuk berdiri menghadap matahari ketika cuaca dingin agar badannya menerima lebih banyak cahaya matahari dan haba.

Sungguhpun begitu, para pengkaji menetapkan bahawa tiada satupun memberi kesan berbeza terhadap tabiat unik lembu itu. Lembu-lembu akan terus menghadap arah utara atau selatan ketika meragut rumput atau berehat.

Para saintis dari Jerman telah menghabiskan banyak masa memerhatikan imej-imej dari satelit sebelum mengeluarkan teori berkenaan tabiat unik ini.

Hasil pengamatan beberapa foto sekawan lembu merentasi global yang ditangkap pada masa dan tahun yang sama ini telah menyingkirkan teori angin dan cahaya.

Foto-foto berkenaan menunjukkan lembu-lembu di seluruh dunia berdiri menghala arah yang sama pada waktu yang sama.

Gambar haiwan pemakan rumput dari Amerika Syarikat, Eropah, Afrika dan Asia telah diambil menerusi satelit pada masa yang sama dan semuanya menghadap arah utara-selatan ketika meragut rumput.

Kekuatan Magnetik
Menurut kajian dari Jerman, terdapat beberapa foto lembu-lembu yang diambil daripada kawasan yang memiliki kekuatan medan megnetik utara yang lemah.

Dengan membandingkan foto lembu yang terletak di kawasan dunia yang mempunyai medan magnet utara yang kuat, para penyelidik menghasilkan teori mengapa lembu menghadap ke arah yang sama.

Imej menunjukkan bahawa lembu di medan magnet utara yang lebih rendah masih menghadap arah yang sama seperti lembu di medan magnet utara yang lebih kuat.

Perbezaan kekuatan magnet, menurut penyelidik, menunjukkan bahawa walaupun medan magnet rendah, lembu akan terus menghadap ke arah yang sama.

Menurut BBC Science Focus pula, lembu selalu menghadap arah yang sama ketika meragut rumput mungkin kerana mahu mengurangkan ancaman daripada pemangsa.

Menghadap arah yang sama juga mungkin dapat mengurangkan konflik dalam kawanan lembu. Apabila meragut pada arah yang sama, ia mengelak lembu-lembu daripada bertentangan antara satu sama lain.

Baca juga: “Suami berubah jadi orang yang aku tak kenal, tak mahu tidur sekali, seakan rimas dengan aku, tak tanya dah makan ke sakit ke, kuasa Allah, pagi tu terbongkar segalanya”