Lembu korban Hari Raya Aidiladha mula dapat tempahan tapi harga dia buat ramai terduduk bila dengar

Oleh INFORAKYAT

Lembu korban Hari Raya Aidiladha mula dapat tempahan tapi harga dia buat ramai terduduk bila dengar.

Walaupun Aidiladha bakal disambut penghujung Jun depan namun permintaan terhadap lembu korban sudah mula mendapat tempahan.

Penternak, Mohd Ridzuan Mamat, 41, dari Felcra Bukit Kepah dekat sini.

Lembu korban Hari Raya Aidiladha mula dapat tempahan tapi harga dia buat ramai terduduk bila dengar

berkata, 60 daripada 100 ekor lembu diternaknya untuk ibadah korban miliknya sudah ditempah sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, 100 ekor lembu diimport dari negara jiran itu dijual dengan harga RM4,500 hingga RM5,600 seekor.

Katanya, lembu itu diternaknya secara fidlot sebelum dijual kepada pelanggan.

“Buat masa ini tempahan lembu untuk ibadah korban datangnya dari tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kuala Terengganu.

“Lembu yang dijual ini dari baka KK Cross dan Brahman yang dibawa masuk sejak awal Februari lalu dari Thailand,” katanya ketika ditemui di padang ragut yang di sewanya di Kampung Binjai Kertas di sini.

Menurutnya, setiap ekor lembu yang dijual untuk tujuan ibadah korban itu dianggarkan seberat 250 kilogram (kg) sehingga 350 kg.

Katanya, dia menjual lembu hanya setahun sekali dan ia diibarat sebagai ‘bonus tahunan’ kerana pekerjaan hakikinya adalah menanam rumput napier yang diproses menjadi rumput peram sebelum dijual sebagai makanan ternakan.

Mohd Ridzuan berkata, dia menyewa lebih kurang 30 hektar ladang ragut dan kemudiannya ditanam dengan rumput napier bagi tujuan untuk diproses sebagai makanan lembu.

Menceritakan lebih lanjut mengenai kesan dialaminya terhadap tanamannya itu pada musim kemarau ini, Mohd Ridzuan berkata, rumput napier yang ditanam mengalami masalah tumbesaran.

“Cuaca panas melampau menyebabkan sebahagian besar rumput tidak subur dan pembesarannya terbantut hingga mengakibatkan pengeluaran berkurangan.

“Dalam tempoh dua bulan sepatutnya rumput berkenaan sudah boleh diambil namun akibat cuaca panas melampau mengakibatkan keadaan rumput masih rendah,” katanya.

Menurutnya, dia berkecimpung dalam dunia ternakan sejak 2010, namun dua tahun kemudian dia terpaksa menghentikan ternakan lembu berikutan masalah berkaitan makanan haiwan terbabit.

Katanya, sebaik mendapat tanah sewaan ini sejak tiga tahun lalu dia kembali berkecimpung dalam bidang penternakan dan menghasilkan makanan untuk haiwan itu.

BACA:

“Aku dan anak dah lemas tapi suami tak perasan sebab sibuk dengan perempuan lain, rupa-rupanya ini semua kerja mak mertua!’

Gara-gara nak jimat duit beli gigi palsu secara online, sekali lain pula yang dapat bikin netizen berdekah