Lembu korban dijual RM14000 menjelang Aidiladha bikin ramai terkejut dengan harganya

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Tawaran lumayan mencecah RM14,000 mendorong seorang penternak, Mohamad Zulfika Hassan, 29,

Dari Felda Kota Gelanggi Empat, untuk menjual seekor lembu ‘sado’ baka Limousine kesayangannya

Bernama ‘Joni’ bagi ibadat korban bulan depan. Lembu jantan yang mempunyai berat lebih 700 kilogram (kg) itu kini sudah dibeli oleh seorang pembeli dari Melaka.

Mohamad Zulfika berkata, dia membeli lembu sado berkenaan tiga bulan lalu dari seorang penternak di Terengganu untuk tujuan pembiakan, selain sebagai hobi dalam ternakan bersaiz besar.

Namun, disebabkan minat mendalam pembeli berkenaan untuk menjadikan lembu terbabit sebagai haiwan korban, dia dengan rela hati mengambil keputusan untuk menjualnya walaupun berasa berat hati.

Lembu korban dijual RM14000 menjelang Aidiladha bikin ramai terkejut dengan harganya

Menurutnya, walaupun ‘Joni’ bersaiz besar dan kelihatan ganas dengan tanduk yang tajam, sebenarnya lembu terbabit jinak dan mudah dikawal. Sesiapa sahaja boleh memegang dan mengawalnya dengan menggunakan tali.

“Saya hanya sempat bersama ‘Joni’ selama tiga bulan sahaja dan hari ini, lembu berkenaan akan dihantar kepada pembelinya di Melaka. Saya sendiri yang menghantarnya menggunakan lori.

Sepanjang di bawah jagaan saya selama tiga bulan, setiap hari ‘Joni’ diberikan makan palet selain rumput. Ia ditempatkan dalam kandang khas berhampiran rumah bagi memastikan keselamatannya,” katanya semalam.

Beliau berkata, sebelum ini dia pernah menjual seekor lembu ‘sado’ dengan harga RM7,000, namun selepas itu dia tidak lagi berminat memelihara lembu ‘sado’ kerana kos makanan yang semakin meningkat.

Kini, dia hanya memiliki seekor lembu jenis berkenaan.

Mohamad Zulfika menjelaskan, walaupun mampu meraih pendapatan lumayan setiap kali menjual lembu ‘sado’, kos makanan yang dikeluarkan juga tinggi, terutama untuk menyediakan palet.

Dia kini memiliki lebih 40 lembu baka Kedah-Kelantan yang diternak secara bebas dalam kawasan ladang kelapa sawit di Felda Kota Gelanggi Empat.

Lebih 30 ekor sudah dijual untuk ibadah korban tahun ini, berbanding lebih 40 ekor tahun lalu.

BACA: Suami penyanyi wanita terkenal seleweng dana RM1.7 juta