Lelaki warga emas tiba-tiba tak ingat jalan pulang sekali lain pula jadi bila Polis datang

Oleh INFORAKYAT

Lelaki warga emas tiba-tiba tak ingat jalan pulang sekali lain pula jadi bila Polis datang.

Seorang lelaki warga emas yang mempunyai masalah ingatan berterima kasih kepada dua anggota polis yang menghantarnya ke rumah selepas gagal mencari jalan pulang, 19 April lalu.

Terdahulu, Lee Kim Tong, 78, dikunjungi dua anggota polis berkenaan yang datang ke kediamannya petang semalam bagi memenuhi permintaannya untuk bertemu.

Lelaki warga emas tiba-tiba tak ingat jalan pulang sekali lain pula jadi bila Polis datang

Hadir sama, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Superintendan Siti Nor Salawati Saad.

Menurut Siti Nor Salawati, lelaki warga emas yang juga seorang pengurus syarikat itu ditemui dua anggota berkenaan ketika membuat rondaan di lampu isyarat dekat Terminal Pengangkutan Penang Sentral.

Katanya, sebelum itu mangsa berasa terancam selepas kereta jenis Mazda CX5 yang dipandunya diekori tiga motosikal yang tidak dikenali sebelum dia didatangi sebuah kereta peronda (MPV) polis.

“Apabila anggota menghampiri kenderaan mangsa, ketiga-tiga motosikal itu terus beredar. Kemudian pemeriksaan dijalankan dan didapati mangsa yang memandu seorang diri mengalami masalah ingatan apabila tidak dapat mencari jalan pulang ke rumah.

“Selepas ditemubual mangsa menyerahkan kad nama syarikat kepada anggota dan berpandukan kepada alamat berkenaan, salah seorang anggota MPV telah membantu memandu kenderaan mangsa hingga sampai ke rumahnya dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Kim Tong berkata, dia bangga dengan tindakan dua anggota polis itu yang membantunya tanpa mengira kaum dan bangsa.

“Dalam kejadian itu, saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai hadir satu majlis makan malam tetapi entah tiba-tiba saya cari jalan untuk balik tak jumpa.

“Mujur datang dua anggota polis yang ternampak saya mempunyai masalah kemudian datang membantu membawa saya pulang dengan selamat.

“Terima kasih dan saya amat menghargai pertolongan mereka yang mana di sini saya lihat tidak kira apa sahaja kaum kita sebenarnya hidup dalam negara sangat harmoni,” katanya

BACA: 

Kecoh PM lanjutkan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM, sekali Anwar jawab sebabnya

“Balik rumah, mak terus usap kereta adik, mak sedih sampai suap nasi pun mengigil, akhirnya mak dedah apa yang berlaku”