Macam-macam perkara berlaku di Malaysia, terbaru ada pula yang nak berlatih jadi untuk persiapan diri selepas meninggal dunia.
Sebetulnya, banyakkan diri dengan buat amalan baik, solat, berzikir, selawat
Dan banyakkan bacaan al-Quran, bukannya tidur di dalam keranda.
Tular satu video yang dimuat naik Sinar Harian di laman X mengenai seorang lelaki yang dikatakan tidur dalam sebuah keranda.
Jemaah Masjid Tiak Baling, Kedah terkejut apabila menjumpai lelaki tersebut pada waktu malam selepas dia tidur di dalam keranda sebuah van jenazah.
Dalam rakaman tersebut, lelaki itu dikatakan mahu berlatih sebagai jenazah untuk persiapan apabila dirinya meninggal dunia selepas mendakwa masjid yang dikunjungi dikunci.
“Nak berlatih, nak mati esok-esok tak takut sangat, saya keluar lepas habis talkin pakcik,” ujarnya dalam video tersebut.
Bagaimanapun lelaki tersebut keluar selepas dinasihati jemaah masjid bagaimanapun dia meminta agar mereka yang hadir tidak merakam mukanya kerana malu.
“Adoi mati macam ni pakcik oi, takutnya, saya takut, saya asyik fikir pasal mati. Jangan ambil gambar, malu weh,” katanya sambil mengangkat keranda untuk keluar.
Difahamkan lelaki itu berasal dari Kampung Raja Kupang, Pulai namun identiti namanya belum dapat dikenal pasti.
Baca juga: Benjamin Netanyahu terpaksa hentikan ucapa selepas dimalukan rakyat sendiri