Seorang lelaki terperangkap di dalam lif selama dua hari di sebuah hospital kerajaan.
Ravindran Nair, 59 tahun, terjebak ketika menggunakan lif untuk ke tingkat atas bagi pemeriksaan kesihatan.
Namun, lif tiba-tiba bergerak ke bawah dan terhenti secara mengejut sebelum mencapai destinasi.
Kerana kehilangannya, isteri Ravindran membuat laporan polis.
“Dia menjerit meminta tolong tetapi tiada sesiapa yang datang. Telefon bimbitnya mati,” kata polis.
Akhirnya, Ravindran diselamatkan oleh seorang pekerja semasa pemeriksaan rutin hari kelmarin, yang membuka pintu lif.
Laporan menunjukkan lif itu terhenti di antara dua tingkat.
Ravindran menceritakan pengalaman terperangkap dalam lif gelap tanpa lampu atau kipas. Dia menekan loceng kecemasan tetapi tiada bantuan tiba.
“Ini berlaku pada Sabtu (hari cuti di India) dan Ahad berikutnya. Saya terpaksa buang air kecil di sudut. Saya menangis dan susah tidur. Saya lapar dan dahaga, hanya menjilat bibir,” katanya.
BACA: Ramai tak reti baca simbol pada meter kereta, ini 10 simbol yang mungkin timbul masa memandu