Lelaki terkejut bekas isteri punya harta bernilai setengah juta, rancang tuntut harta sepencarian

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Assalamualaikum min dan netizen. Kisah aku ni panjang, jadi siapa yang rasa pemalas nak baca boleh scroll laju – laju

.Dan makcik bawang yang tahu mengecam je pun bolehlah scroll laju – laju ek.

Aku perIukan pendapat dari segi undang – undang (aku pernah terbaca komen dari peguam syarie

Tapi bila scr0ll balik tak jumpa nama fb peguam tu) dan juga mungkin dari pengalaman sesiapa yang pernah aIami keadaan aku sekarang.

Okay jadi ceritanya, aku dah kahwin dengan suami selama 2 tahun. Aku isteri kedua (aku tahu akan ada yang kecam),

Lelaki terkejut bekas isteri punya harta bernilai setengah juta, rancang tuntut harta sepencarian

suami seorang lelaki yang sangat baik dan bertanggungjawab. Suami berkahwin dengan isterinya selama 10 tahun dan punya 3 anak lelaki.

Bulan 11 tahun lepas, suami telah bercerai secara sah dengan isteri pertama kerana suami tak tahan isteri pertama tak pernah bekerja dan hanya tahu membebel tu tak cukup ni tak cukup dan asyik minta duit sahaja. Suami kata dalam RM600 tu pun isterinya mampu beli handbag dan shopping – shopping. Gaji suami sebanyak RM3.8k sahaja.

Suami bagi nafkah RM600 termasuk duit dapur dan belanja sekolah anak – anak tapi bekas isteri asyik membebel tak cukup. Suami kata dia saja bagi sikit sebab dia nak isteri pertama belajar berdikari dan cari kerja. Oh ya, sebelum kena kecam, duit sewa rumah, api dan air bekas isteri sampai habis iddah suami yang bayar.

Jadi setelah habis iddah, mulalah proses tuntutan mutaah dan hadhanah. (aku tak hadir ke mahkamah bersama suami jadi apa yang aku ceritakan ini adalah dari cerita yang suami bagitahu aku kalau salah maaf ya lawyer).

Bekas isteri minta 10k untuk mutaah dan perlu dibayar sebanyak 3 kali serta RM1.5k duit nafkah sebulan untuk anak 3 orang. suami tak setuju, kerana RM1.5k terlalu banyak sedangkan sewaktu kahwin, suami cuma beri RM600 dan segalanya cukup.

Jadi suami hendak tuntut hak penjagaan anak – anak untuk menjimatkan kos tapi aku tak setuju hal ni sebabnya nanti kalau budak – budak tu datang duduk rumah aku, aku lah yang kena jaga makan minum dorang sedangkan aku tengah hamil 4 bulan.

Tapi suami berkeras juga mahu hak penjagaan anak – anak dan katanya bekas isteri pertama tak bekerja sebab tu dia nakkan nafkah yang banyak untuk tampung kehidupan dia. Haa kat sini yang suami terk3jut beruk (aku pun terk3jut sekali) bila bekas isteri bentangkan penyata kewangan yang mengatakan dia mempunyai harta sebanyak RM570 ribu! Terk3jut tak?

Hahahaha rupanya setelah kem4tian bapak bekas isteri suami 5 tahun lepas, bapak dia hibahkan segala tanah, rumah, 2 biji rumah kedai, duit asb dan tabung haji ke bekas isteri dan adiknya untuk dibahagikan sama rata.

Mereka jual semuanya sebab tu bekas isteri ada duit sebanyak itu. (Sebenarnya banyak lagi jumlahnya tapi bekas isteri dah shopping banyak). Suami tak sangka yang arw4h bapak mertuanya orang ada – ada sebab dia nampak macam orang susah rumah pun rumah kayu kampung tu.

Dan bekas isteri pernah kata yang dia cuma dapat 15k duit faraid dan semuanya suami ambil untuk belikan kereta baharu. Rupa – rupanya suami dah kena tipu dan RM 15k tu cumalah tip of the iceberg je! Suami kata patutlah bekas isteri banyak shopping dan bekas isteri kata beg – beg dan jam tangan yang dibeli semua jenama fake tapi sebenarnya ori dan suami kata ada satu jam tangan isteri (ya suami panggil perempuan tu isteri dah sekarang) lebih mahal dari harga kereta yang kami pakai sekarang min!

Di luar mahkamah, suami tanya pada bekas dia tu, kenapa selama berkahwin dia tak pernah cakap apa – apa pada suami tentang harta ni dan tak pernah tolong suami bayarkan loan – loan? Dan dia baIas ‘aku tahu kalau kau tahu harta aku banyak mesti kau akan perabiskan. Aku saja nak tengok macam mana per4ngai kau bila kau rasa aku ni satu sen pun tak berguna kat kau’.

Jadi sekarang suami cuba berbaik – baik dengan bekas isteri untuk kurangkan tuntutan nafkah dan mutaah. Semalam, suami tiba – tiba kata ‘kalau abang kahwin balik dengan senah tu, b setuju tak?’ terk3jut aku min.

Puas aku menangis semalam dan pagi tadi. Pagi tadi aku baca mesej suami bagi pada betina tu. Punyalah panjang berjela – jela suami mintak maaf dan harap betina tu terima dia balik demi anak – anak tapi betina tu baIas ooo je (lega aku!)

Sekarang ni aku terpikir, setelah tahu jumlah kewangan bekas isteri, aku nak tanya pada para lawyer,

1) Bolehkah suami tuntut harta sepencarian dari duit – duit bekas isteri tu sebab dia dapat wang itu ketika mereka masih kahwin

2) Bolehkah nafkah yang banyak tu dikurangkan setelah dapat tahu bahawa perempuan tersebut sebenarnya sangat mampu untuk tanggung anak – anak dia? Sebab aku rasa dengan cara ini sahaja yang boleh buat suami berhenti berharap kembali pada bekas isterinya. Terima kasih dan jangan kecam.

Perkongsian yang dibuat banyak mendapat komen dan reaksi dari netizen. Rata – rata memberikan pendapat tentang harta yang ingin dituntut. Semoga penulis mendapat sedikit sebanyak info dari para pembaca.

Komen Warganet :

Mysarra Honey : Dekat sini saya cuma nak cakap, “tahniah wahai ex-wife! saya bagi 10 thumbs up! Anda wanita bijak!” buat ko dan suami, “tak malu eh, nak ngendeng harta orang? tu harta dia, bapak dia hibahkan dekat dia. bukan hibah dekat bekas menantu dia. Gaji RM 3.8k ada hati berbini dua, lagi pulak dah tau bini kaya nak ditanya kenapa tak tolong bayar loan. Ehhhhhh, banyakkkk cantikkkkkk.

Cik adik, harta pusaka, hibah dari org tua mana boleh kata harta sepencarian. Belajar lagi ye dik. Awak jaga je anak tiri, apa masalahnya? Nak kahwin dengn bapak, anak – anak kena terimalah juga. Mengenai hal nafkah, suami boleh ja buat rayuan. Buatlah berkali – kali bagi bukti perbelanjaan suami dan tetangga, baki berapa banyak.

Uyah Rusley : Bekas isteri pertama tu pandai, mungkin kalau suami dia tak kahwin lain. Rasanya harta pusaka tu akan dikongsi bersama tapi disebabkan suami tu jenis tak setia dan mata duitan.

Sebab isteri pertama tak ada apa – apa, dia kahwin lagi seorang. Gai Rm3800 je kot, ada hati nak tambah cawangan baru. Lepastu bila duit gaji tak cukup, mengeluh isteri pertama asyik minta duit.

Masa nak kahwin, ada fikir ke semua tu cukup ke tak. Kemudian cerita macam diri sendiri suci tak rasa bersalah. Memang sis post cerita macam ni menta dikecam eh?

Nadira Baharudin : Kifarah itu ada dan sekarang ni mesti bekas isteri tu puas hati dapat tengok keadaan korang laki bini. Yang si suami giIa nak rujuk balik, yang ko duk takut laki ko balik kat bini pertama. Dulu dia bagi ko kawin dengan laki dia kan, sekarang rasa balik apa dia rasa dulu, hahaha

1.5k nafkah tu kira ok la untuk 3 orang anak. Sebelum ni RM600 je mane la cukup woi. Siap boleh bukak cawangan, gaji pun cukup makan. Elok sangat pun bekas bini dia sorok harta. Kalau tak, habuk pun tak ada tinggal. Entah – entah siap bukak cawangan ketiga..

Bagi menjawab soalan :

1. Harta pusaka bukan harta sepencarian, maka tak da hak nak ambil walau sesen pun

2. Nafkah bapa pada anak tetap wajib dilunaskan walau apa cara dan keadaan sekalipun. Kalau ngelat, tunggu la baIasan hari akhir4t nanti..

Selamat mereput korang laki bini..

Seri Mendika : Tang mana harta sepencarian tu dalam harta peninggalan arw4h bapa bekas madu hang? Hang laki bini ni giIa. Pedajai orang pandai. Aku kalau kat tempat bekas madu hang pun aku diam ja kalau berduit.

Laki hang tau gaji takat 3.8k gatai tanggkuk hang jadi bini no.2 pehal? Pikir hang punya nangis ja. Bekas madu hang punya sedih, taruk mana?

Dalam stoking? Hang akan rasa la bila laki hang kawin no.3 nanti. Buat apa tolong somi dia bayar itu ini kalau somi mampu kawin 2? Kalau kena kat hang, hang nak ka tanggung sikit perbelanjaan sedangkan somi hang suka – suka ngan madu hang? Dak kan? Lagi – lagi per4ngai dajei macam hang ni. Ada pulak hati kat harta arw4h bapak bekas madu. Memang tak malu betul hang laki bini.

Farra Jasmy :

1. Harta pusaka hak isteri sepenuhnya. Bukan harta sepencarian. Maka suami tak ade hak satu sen pun ke atas harta isteri.

2. Nafkah anak – anak tanggung jawab bapa sepenuhnya. Pandai – pandailah neg0 dengan bekas isteri ye.

3. Perempuan baik untuk lelaki yang baik. Sama jugak perempuan bod0h untuk lelaki bod0h. Jangan risau, jod0h korang mesti kekal sebab sama – sama bod0h. Kbye

Lepas suami dah kena bayar nafkah kat bekas isteri. Harapnye dia mampu bagi kau RM200 je sebulan untuk buat belanja kau, belanja dapur, belanja susu dan pampers anak. Masa tu baru kau pulak akan bebel kat dia duit tak cukup. Doa la mudah – mudahan nasib kau tak jadi macam bekas isteri. Tapi bekas isteri cerdik, kau tak cerdik. Mesti hidup kau lagi kesian kan.

Aishah Yeop Abdul Rahman : Wah salute first wife buat keputvsan yang betul. Memang patut bercerai pun. RM600 sebulan memang meIampau. Orang ada gaji pun dapat RM1k sebulan makan minum ditanggong.

Sekarang walaupun dia kaya dia tetap berhak untuk dapatkan semua yang dia tuntut tu. Itu hak dia dan anak – anak. Yang lain tak perlu dijawab sebab semua jawaban di atas dah cover. S

elamat melayari bahtera dan berendam airmata. Sebab sudah tentu lepas ni laki kau akan nampak buruk kau dan baiknya bekas isteri dia. Hahaha

BACA: Kes kena scam dengan kontraktor tak selesai lagi, DSV kena scam di London pula