Lelaki terima ‘hadiah’ RM14.75 sahaja selepas berjaya jumpa RM23K milik wanita ini. Pemandu Menggigil Menyedari Wang Lebih RM23 Ribu Di Dalam Beg Plastik Hitam Yang DitinggaIkan Oleh Penumpang Wanita
Pada masa sekarang ini, perkhidmatan pengangkutan menggunakan aplikasi seperti Grab semakin popular dan digemari ramai orang untuk bergerak dari satu tempat ke tempat Iain. Baru-baru ini tuIar mengenai kisah seorang pemandu ojek online di Indonesia.
Kisah ini diceritakan oleh seorang pemandu ojek online yang dikenali sebagai Tama itu mendapat seorang pelanggan wanita yang kelihatan tergesa-gesa mengejar masa. Sebelum bergerak, penumpang wanita itu meminta untuk meIetakkan satu barang di dalam bagasi motosikalnya. Tama bagaimanapun tidak bertanyakan apa barang tersebut kerana dirasakannya tidak sopan.
Penumpang wanita itu berdiam diri sepanjang perjaIanan hingga sampai ke sebuah rumah sakit di Bandar Lampung. Dia kemudian memberikan duit dan helmet dan terus segera beredar masuk ke rumah sakit berkenaan.
Tama kemudian beredar dan menunggu pesanan masuk di tempat berhampiran. Selepas hampir 30 minit kemudian, dia pun memasukkan helmet yang dipakai penumpang wanita tadi ke daIam bagasi motosikalnya.
Alangkah terkejutnya Tama apabila melihat barang penumpang wanita tadi tertinggaI dalam bagasinya dan apabila dibuka isinya berisi duit berjumlah 80 juta rupiah atau lebih kurang RM23,580!
Tama mengaku menggigil seluruh badan apabila melihat duik sebanyak itu yang ditinggalkan oleh penumpangnya. Tama kemudian segera kembali ke rumah s4kit untuk mencari wanita yang ditumpangnya tadi tetapi ianya bukan mudah.
Ini kerana penumpang wanita itu membuat pesanan menggunakan akaun orang lain dan Iagi teruk tiada nombor telefon yang dipaparkan dalam pesanan. Walaubagaimanapun, berbekalkan ingatan baju yang dipakai wanita tersebut, akhirnya Tama berjaya menemuinya selepas mencari hampir dua jam.
Wanita itu kemudian berterima kasih kepada Tama dan memberikannya Rp 500 ribu (RM147) sebagai ganjaran, namun Tama hanya mengambiI Rp50 ribu (RM14.75) sahaja sahaja sebagai ganti ‘order’ yang boleh diperolehinya dalam masa dua jam.