Lelaki ‘sound’ cikgu isu buang hadiah RM2 murid sempena Hari Guru

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Sempena Hari Guru, pelbagai kisah dikongsikan semasa menyambut hari keraian itu.

Bukan hanya dikongsikan momen lucu dan sedih ketika program berlangsung malahan ada guru-guru yang berkongsikan hadiah yang diterima dari pelajar.

Namun begitu tular baru-baru ini mengenai pengakuan seorang isteri kepada guru yang membuang hadiah dari kedai RM2 yang diberikan oleh anak murid suaminya.

Katanya dia lebih suka menerima hadiah lain seperti ulam atau sayur-sayuran.

Semenjak tular isu berkenaan, ramai yang mengecam tindakan tersebut.

Lelaki ‘sound’ cikgu isu buang hadiah RM2 murid sempena Hari Guru

Seorang lelaki menerusi hantaran di TikTok berasa kesal dan mengecam perbuatan sedemikian. Katanya, perkara yang perlu difikirkan adalah usaha pelajar dan ibu bapa untuk menghargai jasa guru perlu dihargai.

“Sebagai bapa, aku cukup terasa. Anak saya punya excited, tunggu saya balik dari kerja semata-mata nak ajak saya pergi kedai RM2 beli hadiah untuk cikgu kesayangan dia.

“Walaupun benda tu dibeli di kedai RM2, diorang tak nampak, cuma yang diorang tahu excited nak belikan hadiah untuk cikgu dia,” katanya.

Katanya lagi, dia cukup terkesan dengan isu tular itu apabila memikirkan juga usaha dan kerja keras oleh ibu bapa demi memastikan anaknya dapat memberikan hadiah buat gurunya.

“Tolonglah hargai,” katanya.

BACA: Gaji hampir RM30k sebulan walaupun hanya lulusan sekolah menengah, rupanya wanita ini kerja…