lelaki rugi hampir RM13 juta lepas isteri larikan diri dengan kekasih

Oleh DAHLIA MARZUKI

Zaman sekarang ini senang betul individu nak curang, cari kekasih lain sedangkan sudah berkahwin.

Tidak hanya curang, segala barangan milik pasangan dijual pula untuk hidup mewah dengan kekasih gelap.

Seorang lelaki dari China kecewa dengan isteri apabila dia membolot aset bernilai lebih 100 juta baht (RM12.8 juta).

Menurut portal Thaiger, wanita warganegara Thailand itu melarikan diri dengan kekasihnya dengan membawa beberapa harta sepencarian termasuk wang simpanan berjumlah 13 juta baht (RM1.6 juta).

Lelaki dikenali sebagai Ken itu memaklumkan isterinya turut melarikan melarikan beberapa harta sepencarian termasuk wang simpanan berjumlah 13 juta baht (RM1.6 juta).

lelaki rugi hampir RM13 juta lepas isteri larikan diri dengan kekasih

Selain itu, sebuah rumah di kawasan Rama II dan Sukhumvit serta sebuah kondominium di Sathon juga dirampas. Nilai kesemua aset itu melebihi 100 juta baht.

Disebabkan dia sering pulang ke China maka dia kerap meninggalkan isterinya di Thailand dan setiap kali itulah dia perasan ada sahaja barang berharga hilang.

Awal bulan ini, Ken dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki ketika isterinya memindahkan barangan berharga dan kantoi itu adalah kekasih gelap pasangannya.

Tidak hanya itu, lelaki tersebut juga didakwa tinggal di kondominium milik Ken di Bangkok sejak sekian lama tanpa pengetahuannya.

Ken cuba mendapatkan semula beberapa barangan berharga daripada isteri yang sudah diceraikan itu, namun dia enggan memulangkannya.

Tidak menunggu lama, Ken meminta bantuan sebuah yayasan amal untuk mendapatkan semula haknya.

Manakala peguam organisasi itu berkata, dia berpeluang menuntut aset-aset tersebut kerana ia termasuk dalam harta sepencarian.

Baca juga: Pemuda Pas ibarat ayam betina berkokok dalam reban sendiri – MKT Umno