Seorang lelaki meragui kecantikan anak perempuannya kerana wajahnya tidak mirip seperti dirinya atau isterinya,
Mereka telah memutuskan untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Ternyata, kecurigaannya benar apabila ujian DNA mengesahkan bahawa dia bukanlah bapa kandung kepada anak tersebut.
Namun, punca kejadian ini bukanlah disebabkan oleh kecurangan isterinya, tetapi akibat pertukaran bayi yang berlaku di hospital.
Setelah keputusan ujian DNA diperoleh, wanita yang dikenali sebagai Hong itu memutuskan untuk berpindah ke ibu kota, Hanoi, bersama anak perempuannya
Tindakan ini menyebabkan anaknya, Lan, terpaksa berpindah sekolah, yang mana insiden ini secara tidak sengaja mendedahkan kebenaran yang tersembunyi selama ini.
Di sekolah baru, Lan bertemu dengan seorang kawan perempuan yang rupanya mempunyai rekod kelahiran yang sama dan dilahirkan di hospital yang sama.
Pada satu majlis hari jadi, ibu kandung Lan terkejut apabila melihat Lan yang kelihatan seiras dengan dirinya, lantas mencadangkan supaya ujian DNA dilakukan sekali lagi.
Ujian tersebut mengesahkan bahawa kedua-dua bayi tersebut tertukar sewaktu kelahiran mereka, kemungkinan besar akibat kesilapan pihak hospital.
Kini, kedua-dua keluarga tersebut sering menghabiskan masa bersama, namun laporan tidak menyebut sama ada mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital atas kesilapan tersebut.
BACA: Pengarah JSJ Bukit Aman dedah graduan bidang ini berisiko jadi mangsa pemerdagangan manusia