Lelaki raba gadis dalam lif rupanya seorang pesakit mental, tapi..

Lelaki raba gadis dalam lif rupanya seorang pesakit mental tapi

Lelaki raba gadis dalam lif rupanya seorang pesakit mental, tapi.. Lelaki yang didakwa meraba kanak-kanak dalam lif di sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di sini akan dihantar ke Hospital Bahagia di Perak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Manjiji berkata, suspek berusia 30-an itu akan dihantar ke hospital terbabit selepas pihaknya menerima perintah mahkamah.

“Kami sudah merakam percakapan mangsa serta suspek dan berdasarkan keterangan yang diambil, menyatakan lelaki berkenaan adalah pesakit mental,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, wanita 36 tahun menyatakan kebimbangannya selepas anak perempuannya berusia 12 tahun didakwa diraba dalam lif di tempat tinggal mereka, semalam.

Katanya, dia mengetahui kejadian selepas anaknya pulang ke rumah dalam keadaan menangis dan menceritakan apa yang berlaku.

Lelaki raba gadis dalam lif rupanya seorang pesakit mental, tapi..

“Selepas mendengar penjelasan anak saya, laporan polis terus dibuat kerana saya bimbang suspek tinggal di kawasan perumahan sama. Lebih membimbangkan dia dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama kejadian atas alasan pesakit mental.

“Ada jiran memaklumkan kejadian sama pernah menimpa mereka dilakukan oleh pelaku yang sama. Saya berharap tindakan segera dapat diambil,” katanya

BACA:

Tun M dedah kerajaan PH rancang banyak agenda bantu melayu, tapi ditumbangkan awal

Selamat Hari Guru, ini model kereta pilihan ramai cikgu Malaysia

Cara sebenar buat aduan jika barang online yang anda pesan lambat sampai

CATEGORIES