Lelaki penggal dan bawa kepala isteri ke balai polis, dakwa wanita itu main kayu tiga

Oleh INFORAKYAT

Lelaki penggal dan bawa kepala isteri ke balai polis, dakwa wanita itu main kayu tiga. Hanya kerana mengesyaki isteri main kayu tiga, seorang lelaki warga emas di India tergamak memenggal kepala wanita terbabit sebelum membawanya ke Balai polis untuk menyerah diri.

Memetik Oh Bulan, lelaki berkenaan dikenali sebagai Nakaphodi Majhi berasal dari Dhenkanal itu dilaporkan bertengkar dengan isterinya pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan.

Berang kerana mengesyaki si isteri bermain kayu tiga di belakangnya, lelaki berusia 55 tahun itu bertindak mengambil sebilah parang lalu memenggal kepala isterinya.

Lelaki penggal dan bawa kepala isteri ke balai polis, dakwa wanita itu main kayu tiga

Lelaki penggal dan bawa kepala isteri ke balai polis, dakwa wanita itu main kayu tiga

Walau bagaimanapun, pada keesokan paginya, lelaki itu dikatakan berjalan menuju ke balai polis Gandia untuk menyerah diri atas perbuatannya sambil memegang kepala wanita berkenaan.

Terkejut tindakan warga emas itu, penduduk kampung kemudiannya bertindak menangkap Nakaphodi sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Susulan daripada kejadian itu, pihak polis telah membuka kerta siasatan berhubung kes berkenaan. Hasil pemeriksaan awal menemui sebilah senjata tajam berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut.

BACA:

Kerajaan sedia pakej bantuan MY50, mohon sekarang

Negara tengah berperang, Presiden Ukraine dikritik hiasi muka depan majalah ‘Vogue’