Seorang lelaki di Thailand nyaris maut ditikam isterinya selepas meminta kebenaran untuk menjadikan kedinya sebagai perempuan simpanan, lapor laman berita Thaiger kelmarin.
Anggota Balai Polis Don Hua Lor bergegas ke sebuah bilik sewa di daerah Mueang, Chon Buri
untuk menyelamatkan pemain golf bernama Rachain, 36, yang cedera akibat ditikam sebanyak tiga kali.
Rachain yang ditemui dalam keadaan mabuk, didapati mengalami luka tikaman pada lengan, belakang badan dan perutnya.
Rachain memberitahu polis bahawa dia ditikam oleh isterinya yang marah selepas meminta kebenaran untuk menjadikan kedinya sebagai perempuan simpanan.
Pegawai polis menyoal Rachain berhubung tindakan undang-undang terhadap isterinya namun lelaki itu menegaskan, dia memaafkan wanita tersebut.
Pasukan Penyelamat Trai Kunna Dham kemudian tiba di lokasi kejadian dan memberikan pertolongan cemas kepada Rachain sebelum membawanya ke Hospital Chon Buri.
BACA: Nabil Ahmad tiba-tiba cium pipi Tok Ram cetus perhatian ramai, rupanya ini sebenarnya yang jadi