Lelaki naik kancil tawan China dan Thailand

Lelaki naik kancil tawan China dan Thailand

Lelaki naik kancil tawan China dan Thailand. Minat mengembara dan mengelilingi dunia mendorong seorang lelaki dengan ditemani isterinya menjelajah sempadan China dan Thailand dengan hanya memandu kereta terpakai, Perodua Kancil yang sudah berusia 25 tahun.

Azman Ali, 49, dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang berkata bukan berniat bermegah-megah sebaliknya, sebaliknya sekadar ingin mencipta kelainan dalam melakar memori, di samping mahu membuktikan kereta jenama tempatan bukan ‘calang-calang’.

Menurut bapa dua anak itu, dia bersama isterinya, Nurul Sharil Iryani Ramli, 40, sejak dahulu kerap mengembara ke beberapa negara Asia Tenggara khususnya Thailand dengan menunggang motosikal.

Bagaimanapun katanya, mereka berdua mengubah mod pengangkutan kepada kereta selepas membeli kancil terpakai yang hanya bernilai RM1,500.

Lelaki naik kancil tawan China dan Thailand
“Pada asalnya, kereta ini dibeli empat tahun lalu untuk anak lelaki saya selepas dia memiliki lesen memandu, namun selepas dia melanjutkan pelajaran ke universiti kereta ini jarang digunakan dan tersadai di rumah.

“Entah bagaimana datang idea apabila isteri mengajak saya menggunakan kereta ini untuk siri jelajah kami yang seterusnya, lagipun bawa kereta ini boleh bawa barang banyak sikit dan nak membeli barang di negara yang dikunjungi juga senang.

“Bagi saya perkara ini (jelajah menaiki kereta kancil) tidak mustahil dan berbekalkan ilmu berkaitan automotif saya mencubanya dengan menjelajah sempadan China dalam jarak 6,000 kilometer (km) sebelum ke Thailand yang perjalanan kami memakan jarak sejauh 7,700 kilometer (km),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Permatang Indah, di sini.

Sebelum memulakan ekspedisinya dia kerap melakukan pemeriksaan asas termasuk enjin supaya pengembaraan berjalan lancar.

“Orang mungkin tidak percaya enjin kereta ini masih sama dan saya tidak pernah tukar yang baharu sejak beli kereta ini termasuk juga kusyen kerusi.

“Saya hanya menjaga dan memeriksa perkara asas. Mujur sepanjang memandu jauh dan jalan berbukit kereta ini berada dalam keadaan baik,” katanya.

Azman sudah biasa dengan tanggapan sekeliling yang menyatakan itu idea ‘gila’ namun tidak menghiraukannya kerana hobinya yang suka mengembara.

“Bukan kata orang, malah ketika ketika singgah ke sebuah kedai di Surat Thani, Thailand. Mereka juga terkejut kerana berani memandu kereta lama hingga mahu bergambar.

“Saya mengimpikan untuk membawa kereta ini ke Tanah Suci, Makkah yang kini saya sedang mengumpul wang bagi tujuan itu,” katanya.

Dia minat mengembara kerana aktiviti itu mengajar dirinya banyak perkara terutama sentiasa bersyukur dalam kehidupan dan erti kesabaran.

BACA:

Netizen puji usaha Shuk buat aksi mesra pujuk Sera masa umrah

Sumareh kena sound dengan TMJ – “dont bodek me, i will kick your ass later”

CATEGORIES