Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan oleh polis selepas membunuh rakannya sendiri.
Pembunuhan itu berlaku apabila pelaku berang setelah diajak mangsa untuk melakukan hubungan sejenis.
Kejadian ini terjadi pada Khamis di Desa Isimu Raya, Kecamatan Tibawa, Gorontalo, Indonesia.
Menurut pihak polis di Gorontalo, Faisal Ariyoga Harianja, pelaku pada awalnya bersetuju untuk berjalan-jalan bersama mangsa.
Namun, setibanya di lokasi, mangsa memaksa pelaku melakukan hubungan sejenis.
Apabila pelaku menolak, berlaku pertengkaran antara mereka.
Dalam keadaan marah, pelaku menyerang mangsa dengan sebuah batu dan menghentak kepalanya hingga menyebabkan kematian mangsa.
Polis kemudian menahan pelaku di rumahnya pada hari kejadian dan merampas batu yang digunakan sebagai bukti.
Pelaku kini menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan Indonesia (KUHP) mengenai pembunuhan, dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun.
BACA: Alasan terpaksa punca Shah Rukh Khan bercium dengan Katrina Kaif