Seorang pelancong Mat Saleh mengakui kagum dengan sistem pengangkutan kereta api di Malaysia
yang dianggapnya lebih maju berbanding negara yang pernah dikunjunginya iaitu Thailand.
Richard Barrow dalam satu perkongsian di Facebook berkata, dia sempat merasa perjalanan singkat
Dengan menaiki kereta api di negara ini dan terkejut dengan perkhidmatan yang selesa disediakan untuk penumpang.
“Walaupun pengalaman saya menaiki kereta api di Malaysia hanya sekejap, namun ia cukup bermakna.
“Beberapa jam sebelum saya menaiki kereta api malam, saya mengambil keputusan untuk menaiki (cuba) salah satu kereta api komuter mereka di laluan timur.
“Kereta api ini sama dengan kereta api elektrik moden di laluan barat,” kongsinya sambil menambah bahawa tren di Malaysia menawarkan keselesaan tahap tertinggi, lengkap dengan penghawa dingin.
Richard juga membandingkan pengalaman ini dengan pengalaman menaiki kereta api di Thailand yang masih menggunakan diesel sebagai bahan bakar.
“Kereta api ini jauh lebih baik dari apa yang kita ada di Thailand. Saya kagum dengan keselesaan, kemudahan dan kebersihan.
“Malaysia memang jauh lebih maju dalam pengangkutan kereta api berbanding Thailand,” katanya lagi
Pada masa sama, dia memuji keramahan rakyat Malaysia yang sentiasa tersenyum dan mesra dengan orang yang tidak dikenali.
“Satu lagi perkara yang perlu ditambah: penduduk di Malaysia begitu mesra dan mesra, sentiasa cepat tersenyum walaupun dengan orang yang tidak dikenali.
“Kakitangan kereta api juga sangat mementingkan perkhidmatan, dan saya dapati mereka sangat bermaklumat dan membantu.
“Melancong sebagai pelancong asing di Malaysia adalah lebih mudah berbanding di Thailand. Lain kali saya menghadapi masalah untuk melanjutkan visa Thai saya, saya mungkin akan berpindah ke Malaysia.,” ujarnya lagi.
Baca juga: Selepas dikecam netizen, akhirnya penganjur Honda Day tukar honda buruk dengan BMW