lelaki mahu cuba bunuh diri, rupanya tujuh kali isterinya tidak layan permintaan nak ‘tut’ rupanya

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Sepasukan sukarelawan penyelamat di daerah Samet Chonburi, Thailand sudah naik meluat dengan tindakan seorang lelaki

cuba bunuh diri setiap kali isterinya enggan melakukan hubungan seks pada waktu malam.

Rupanya, sudah tujuh kali setakat ini, suami berusia 43 tahun itu mengugut mahu berbuat demikian lantaran isteri tidak melayan permintaannya.

Pada 11 Jun lalu, Balai Polis Samet menerima laporan mengenai seorang lelaki cuba terjun dari jejambat

di hadapan sebuah pusat beli-belah di daerah itu dan menghantar pegawainya ke tempat kejadian.

lelaki mahu cuba bunuh diri, rupanya tujuh kali isterinya tidak layan permintaan nak 'tut' rupanya

Mereka menemui lelaki dahagakan seks daripada isterinya itu berdiri di tepi jejambat sambil melihat ke arah jalan yang sibuk dengan kenderaan.

Aksi itu tentunya menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang.

Anggota polis bekerjasama dengan sukarelawan penyelamat untuk menyelamatkan lelaki itu sebelum disoal siasat.

Lelaki itu mendakwa mengancam mahu membunuh diri selepas isterinya enggan melakukan hubungan seks.

Seorang sukarelawan penyelamat berkata lelaki berkenaan setakat ini

“Lelaki terbabit memilih lokasi berbeza yang menjadi tumpuan umum setiap kali mahu membunuh diri dan kami memang mengenalinya.

“Walaupun menyampah dan meluat dengan perbuatannya, sudah menjadi tugas kami sebagai penyelamat untuk menolongnya, tidak kira apa alasan dia berbuat demikian,” katanya lagi, dipetik Agensi.

BACA “Semenjak kes raya tahun lepas, bini abang mula buat perangai, keluarga aku dia buat musuh, patutlah..”