Lelaki kongsi keadaan terkini taman tema Maps Ipoh, “dah macam bandar hantu..”

Lelaki kongsi keadaan terkini taman tema Maps Ipoh, “dah macam bandar hantu..”

Lelaki kongsi keadaan terkini taman tema Maps Ipoh, “dah macam bandar hantu..” Dulunya sebuah taman tema yang cantik dan gah dengan replika kartun animasi. Namun, selepas pengumuman penutupannya, taman tema Movie Amination Park Studio (MAPS) yang terletak di Ipoh, Perak sejak lebih dua tahun lalu bertukar menjadi sebuah kawasan yang jauh berbeza dari asalnya.

Tidak dinafikan selepas pengumuman ‘mengejut’ tentang penutupan taman tema ini, ramai pengunjung yang kecewa kerana tidak dapat mmbawa keluarga datang berekreasi di tempat ini. Jadi, SK nak kongsikan dengan anda semua keadaan terkini MAPS Ipoh mungkin membuatkan anda semua terkaku terkejut.

Keadaan terkini taman tema MAPS Ipoh

Menerusi perkongsian daripada laman Youtube NaemJD menunjukkan suasana di taman tema itu kelihatan suram serta dipenuhi semak-samun. Tak kurang juga banyak kawasan yang sudah terbengkalai dan patung-patung animasi sudah kelihatan lapuk.

Menerusi rakaman yang berdurasi lebih 4 minit itu menunjukkan keadaan sekitar MAPS menggunakan peranti dron.

Lelaki kongsi keadaan terkini taman tema Maps Ipoh, "dah macam bandar hantu.."

Difahamkan, di pintu masuk taman tema ini dijaga dan dikawal ketat oleh pengawal keselamatan. Manakala di sekitar kawasan parkir kelihatan sudah dinaiki semak lalang dan pokok yang meninggi.

Terdahulu, pada Januari 2020 lalu, kerajaan negeri Perak memaklumkan bahawa penutupan Maps Ipoh dikuatkuasa pada 28 Januari 2020 selepas tiga tahun beroperasi.

Bangunan taman tema ini dibangunkan dengan kos RM520 juta dan beroperasi pada tahun 2017 sehingga 2020.

Walaupun sudah kelihatan terbengkalai namun orang ramai tidak berputus asa menyeru pihak yang berkenaan dan berharap taman tema ini dihidupkan semula suatu hari nanti.

BACA:

Rupanya Lufya berjiran dengan Awal, “Saya pun alami benda yang sama, pengurusan kurang ajar!”

Krisis bekalan ayam makin parah, penjual ayam di pasar besar terpaksa tutup gerai

“Saya sudah terlalu penat”, Amar Asyraf dan isteri akhirnya bercerai

CATEGORIES