Lelaki kena ‘reject’ bakal majikan sebab berasal Kelantan

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seorang lelaki berkongsi pengalaman pahit di mana dia pernah ditolak mentah-mentah oleh bakal majikan

Hanya kerana berasal dari Kelantan. Menurut ceritanya, ketika itu dia sedang menunggu giliran untuk ditemu duga di luar bilik temuduga.

Tiba-tiba, dia terdengar suara kuat dari dalam bilik yang memarahi ejen kerana membawa calon yang tidak disukainya.

“Berapa kali saya cakap, jangan bawa orang Kelantan!” jerit bos syarikat itu.

Mendengar kata-kata tersebut dari luar bilik membuatkan lelaki itu terasa hati, tetapi dia cuba memahami bahawa

Lelaki kena ‘reject’ bakal majikan sebab berasal Kelantan

bos tersebut mungkin mempunyai pengalaman buruk dengan seseorang dari Kelantan.

Walau bagaimanapun, dia berpendapat bahawa tidak perlulah bos itu menjerit untuk menegaskan pandangannya.

Individu tersebut mengungkapkan kisah ini melalui hantaran di media sosial, memetik mStar.

Walaupun kejadian itu berlaku bertahun-tahun lalu pada tahun 1993, ia masih meninggalkan kesan kepada dirinya.

Pada masa itu, persepsi dan stereotaip terhadap negeri-negeri tertentu masih kuat dalam masyarakat.

Namun, jika dibandingkan dengan zaman sekarang, masyarakat semakin terbuka dan tidak lagi menilai seseorang berdasarkan asal negeri.

Walaupun begitu, masih terdapat sesetengah pihak yang terus berpegang kepada stereotaip dan pandangan negatif terhadap orang Kelantan

BACA: Penumpang kecewa bayar tambang untuk naik kapal terbang tetapi yang dapat hanya bas