Lelaki kaut ayam mentah sampai 2 troli curi tumpuan.Pelanggan di sebuah pasar raya didakwa memborong ‘licin’ stok ayam mentah sehingga menyebabkan stok berkenaan berkurangan dan mungkin tidak dapat dibeli oleh pelanggan lain.
Menerusi satu perkongsian video yang tular, seorang pengguna TikTok berasa kesal apabila pihak pasar raya tidak meletakkan had pembelian ayam mentah kepada pelanggan selepas mendapati ada yang ‘sapu habis’ ayam mentah sehingga dua troli.
Individu berkenaan mendakwa, kira-kira 40 ekor ayam diborong oleh pelanggan berkenaan yang menyebabkan awal pagi lagi ayam sudah habis.
“Pagi tadi lebih kurang 8.30 pagi (28 Jun) saya pergi ayam di Lotus. Tapi awal pagi saya tak dapat seekor ayam pun. Semua disapu satu pelanggan ini. Dalam troli dia ada lebih daripada 40 ekor ayam.
“Dalam video ini dapat dilihat pelanggan sapu semua ayam. Mungkin pelanggan ini ada restoran atau kedai runcit. Di sini dia beli murah lepas itu dia jual mahal. Giant, Lotus adalah tempat-tempat murah untuk pelanggan biasa. Orang seperti ini sapu sekali semua ayam.
“Orang lain macam mana boleh beli ayam dengan harga murah,” kata seorang wanita berbangsa India dalam satu video tular di Twitter.
Menerusi video berkenaan, wanita itu juga mengingatkan bahawa pihak pengurusan pasar raya berkenaan harus mengambil tindakan terhadap permasalahan tersebut atau terhadkan pembelian ayam setiap pelanggan.
Pada masa sama, dapat dilihat wanita berkenaan menghampiri kaunter aduan dan mengadu tentang perkara tersebut kepada kakitangan pasar raya berkenaan.
Bagus kak, pertahankan hak B40. at least dia dah komplen tapi management lotus tak layan lepastu baru dia viralkan. pic.twitter.com/Og0UwFFQFr
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) June 28, 2022
BACA:
Jemaah haji dari Malaysia ‘kantoi’ menipu tahap kesihatan, ada penyakit kronik
‘Move’ Jokowi bakal jadikan Indonesia kuasa baharu dunia?
Range Rover milik ‘influencer’ terkenal kena tarik selepas gagal bayar