Lelaki ini palsukan kematian untuk lari dari isteri, sekali lain pula yang Polis jumpa.
Seorang lelaki Thailand sangat membenci isterinya sehinggakan sanggup memalsukan kematian diri sendiri untuk lari daripada belenggu wanita itu, lapor portal berita Thaiger.
Pada mulanya, suami berusia 35 tahun bernama Bird dari bandar Udon Thani, timur laut Thailand itu meninggalkan nota bunuh diri kepada isterinya pada 13 Disember lalu.
Dalam nota tersebut, Bird berkata, dia tidak tahan dengan sikap isterinya dan menambah, dia membawa anak lelaki mereka bersamanya.
Pada malam Selasa lalu, seorang penduduk yang pergi bersenam di Taman Awam Nong Prachak menemui dua pasang selipar milik seorang dewasa dan seorang kanak-kanak dekat tasik di taman itu.
Dia turut menemui nota bunuh diri di bawah satu selipar tersebut dan melaporkan penemuannya kepada polis, manakala pasukan penyelamat dikerah untuk mencari mayat mereka. Namun, misi menyelamat gagal menemui mayat mangsa dan operasi mencari dihentikan.
Penguasa Udon Thani, Aree Sinsutha kemudian melaporkan kepada media bahawa beliau menerima panggilan telefon daripada isteri lelaki hilang itu bahawa kisah bunuh diri dia dan anaknya sengaja direka-reka.
Wanita itu berkata, Bird kehilangan pekerjaannya dan bertengkar dengan dirinya. Wanita dikenali sebagai Nid itu menambah, Bird bertindak meninggalkannya untuk tinggal bersama kekasih baharu.
Menurut wanita itu, dia melihat kedua-dua mereka kelihatan sangat gembira ketika hidup bersama.
Polis cuba mencari Bird untuk mengesahkan kes tersebut tetapi tidak berjaya menemuinya.
BACA:
Zuraida ingin pulang ke pangkuan Bersatu tetapi permohonannya ditolak dedah pemimpin Bersatu