Lelaki ini maut dimasak hidup-hidup dalam periuk besar keluli cair mengelegak! Ini cara dia boleh terjatuh

Oleh INFORAKYAT

Lelaki ini maut dimasak hidup-hidup dalam periuk besar keluli cair mengelegak! Ini cara dia boleh terjatuh.

Seorang lelaki ‘dimasak’ hidup-hidup selepas terjatuh ke dalam bekas mengandungi keluli cair yang mendidih dalam satu kemalangan mengerikan di sebuah kilang keluli di Kazakhstan,

G K Yeskaliev, 50, merupakan seorang pekerja yang menjaga relau panas mendidih di kilang Zapchast di bandar Taraz.

Lelaki ini maut dimasak hidup-hidup dalam periuk besar keluli cair mengelegak! Ini cara dia boleh terjatuh

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia terjatuh ke dalam bekas besar yang mengandungi keluli cair di dalam relau panas.

Yeskaliev dilihat tersandung kaki ketika mencampurkan bahan itu menggunakan batang besi besar.

Takat lebur keluli karbon adalah sekitar 1,540 darjah Celsius manakala badan manusia hanya boleh menahan suhu panas kira-kira 40 darjah Celsius.

Yeskaliev dilaporkan tidak mempunyai peluang untuk terselamat dalam insiden itu, namun keadaannya tidak dijelaskan.

Beberapa laporan media tempatan menyebut dia membawa sebatang besi dan menggunakannya untuk menolak objek lain ke dalam relau, namun batang tersebut melantun kembali, menyebabkan Yeskaliev gagal mengimbangi badannya.

“Yeskaliev terjatuh ke dalam relau menggelegak dan seluruh badannya melecur,” kata satu laporan media.

Sementara itu, satu lagi laporan menyebut lelaki berkenaan cuba membaiki sesuatu di dalam relau tersebut menggunakan batang besi.

“Namun, mangsa tidak dapat menahan batang besi itu lalu terjatuh ke dalam relau yang mendidih,” kata laporan berkenaan.

Jabatan kecemasan wilayah Zhambyl mengesahkan insiden itu dan siasatan ke atas kemalangan tersebut sedang disiasat.

BACA:

“Aku pelik ayah keluar masuk hospital, aku curi baca medical report ayah ada HIV rupanya ini dia buat belakang mak”

Zuraida ingin pulang ke pangkuan Bersatu tetapi permohonannya ditolak dedah pemimpin Bersatu