Bagi penggemar makanan laut, kesegaran lauk mentah seperti udang, sotong, ketam dan lain-lain lagi pasti menjadi pilihan utama buat mereka.
Kesegaran lauk ini sangat penting kerana ia mampu meningkatkan selera seseorang apabila menjamunya.
Namun, lauk seperti udang dan sotong jika tidak menggunakan teknik yang betul semasa penyimpanannya mampu membuat ia cepat rosak.
Jika lauk simpanan tadi sudah rosak, dalam sesetengah kes ia boleh mendatangkan kesan alergik gatal-gatal kepada mereka yang tidak tahan.
Justeru, untuk memastikan kesegaran lauk tadi terjamin, penulisan hari ini akan berkongsikan tips mudah menyimpan udang agar tahan lama dan kekal segar.
Perkongsian ini telah dilakukan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @pakman3590.
Menurut lelaki itu, bagi melakukan tips ini bahan utama yang diperlukan hanyalah satu bahan sahaja iaitu gula.
@pakman3590 #tips#simpanudang#resepipakman #tahanlebihlama #tipsdapur ♬ bunyi asal – pak man
Tambahnya, pertama sekali anda hanya perlukan bekas yang sesuai untuk menyimpan udang segar tersebut.
Kemudian ambil gula dan taburkan kepada udang tadi lalu gaul sehingga rata terkena semua udang.
Untuk melakukan tips ini anda tidak perlu untuk membasuh atau siang udang tersebut.
Selepas udang digaul rata, kini anda boleh simpankannya di dalam peti sejuk beku.
“Udang akan sentiasa segar dan mampu tahan lebih lama seperti udang baru,” tulis lelaki itu di dalam video perkongsian tersebut.
Perkongsian lelaki itu juga telah mengundang komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Saya pun buat macam ni masa jual mee bandung,” tulis seorang netizen yang mencuba tips yang sama seperti lelaki tersebut.
“Nenek saya pun ajar macam ni untuk simpan udang,” tulis seorang lagi yang bersetuju dengan tips perkongsian tersebut.
“Saya selalu buat macam ni. Isi dia tetap segar walaupun berbulan dalam peti ais,” tulis seorang lagi yang pernah menggunakan tips tersebut.
Salah seorang netizen turut berkongsi tips yang sama bagi memastikan udang segar tetapi dengan menggunakan air kelapa.
“Bismillah tumpang lalu. Nak kongsi juga macam Pak Man. Saya pernah guna air kelapa tuang atas udang lepastu simpan dalam peti ais,” kongsi netizen tersebut.
Diharap perkongsian pada hari ini akan memberikan ilmu dan manfaat kepada pembaca di luar sana.