Lelaki ini jackpot RM400,000 lepas jumpa duit bawah peti ais secondhand yang baru dibeli, cuba korang cek peti ais kat rumah

Oleh INFORAKYAT

Lelaki ini jackpot RM400,000 lepas jumpa duit bawah peti ais secondhand yang baru dibeli, cuba korang cek peti ais kat rumah.

Jika anda membeli sesuatu barangan terpakai dan kemudian menemui benda berharga yang tersembunyi pada barangan berkenaan, apakah yang akan anda lakukan?

Menurut laporan MBC News, ketika lelaki di Korea Selatan itu membersihkan peti ais berkenaan,

Lelaki ini jackpot RM400,000 lepas jumpa duit bawah peti ais secondhand yang baru dibeli, cuba korang cek peti ais kat rumah

dia secara tidak sengaja telah menemui kira-kira 2,200 keping wang kertas yang kesemuanya bernilai 110 juta won atau lebih kurang RM401 Ribu yang diletakkan di bahagian bawah peti ais tersebut.

Walaupun terkejut dengan penemuan duit tersebut, lelaki ini akhirnya membuat keputusan untuk membawa kesemua duit tersebut ke balai polis dan membuat laporan mengenai penemuannya pada 6 Ogos yang lepas.
Pihak polis kemudian membuat siasatan dan memanggil penjual dan pembeli untuk diambil keterangan termasuk orang yang menyerahkan peti ais tersebut kepada pembeli.

Menurut akta Hilang dan Jumpa (Lost and Found Act) di Korea Selatan, sekiranya pemilik asal tidak muncul atau tidak dapat dicari daslam tempoh 6 bulan, maka barangan tersebut akan diserahkan kepada orang atau pihak yang menemuinya dan dia mesti membayar cukai sebanyak 22 peratus dari nilai barangan tersebut.

Jika pemilik asal muncul dan berjaya ditemui, pampasan antara 5 hingga 20 peratus mesti diberikan kepada pihak yang menemuinya. Namun jika duit itu didapati mempunyai kaitan dengan sebarang jenayah, maka duit itu akan menjadi hak milik negeri.

BACA: 

“Isteri aku berubah lepas hadir reunion, aku pelik dia asyik main telefon rupa-rupanya ini dia buat belakang aku”

Ini senarai artis terkenal Malaysia yang pernah bercinta dengan kerabat diraja, Neelofa tu paling ramai tak sangka