Lelaki ini berjaya menginap di hotel 2 tahun tanpa bayaran

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Lelaki ini berjaya menginap di hotel 2 tahun tanpa bayaran

Hampir dua tahun menginap secara percuma, penipuan seorang lelaki yang tinggal di sebuah hotel lima bintang akhirnya terbongkar, lapor NDTV.

Difahamkan, individu terbabit telah bersubahat dengan beberapa kakitangan hotel bagi memastikan tindakannya tidak dihidu oleh pihak pengurusan hotel berkenaan.

Lelaki ini berjaya menginap di hotel 2 tahun tanpa bayaran

Lelaki Kantoi Inap Hotel Tanpa Bayar

Menurut AFP, lelaki itu telah menempah bilik di Hotel Roseate House, New Delhi pada 30 Mei 2019. Dia sepatutnya check out pada keesokannya.

Walau bagaimanapun, lelaki itu telah tinggal di hotel itu selama 603 malam sehingga dilaporkan meninggalkan pusat penginapan berkenaan pada 22 Januari 2021.

Susulan itu, pengurusan hotel mendakwa telah mengalami kerugian berjumlah $70,000 (RM325,0000).

“Akaun telah dipalsukan untuk menyembunyikan tunggakan sebenar,” lapor Indian Express menerusi kenyataan polis.

Sementara itu, pengurusan hotel juga telah menfailkan aduan polis terhadap beberapa pekerja yang bersubahat dalam memanipulasi perisian dalaman.

Hal ini berikutan pihaknya mengesyaki kakitangannya berkemungkinan telah disogok oleh lelaki terbabit.

Difahamkan, kakitangan hotel bertaraf lima bintang itu telah didakwa memalsukan dan memadam sejumlah entri dalam akaun pelanggan.

“Hasil pemeriksaan rekod pegawai hotel mendedahkan bahawa mereka telah mencipta beberapa bil palsu dan yang belum selesai. Ia bagi memberi manfaat kepada lelaki itu dengan menggunakan pelbagai cara.

“Ia termasuk bertukar bilik setiap malam daripada bil sepatutnya, memindahkan debitnya ke dalam bil tetamu lain, menggunakan bil tetamu lain yang diselesaikan dengan memasukkan namanya dan sebagainya,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak hotel menuntut tindakan undang-undang dikenakan terhadap lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, siasatan lanjut masih dijalankan.

Terdahulu, helah sekumpulan penjenayah di India yang telah membuka sebuah balai polis palsu dan beroperasi selama lapan bulan akhirnya terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa.

Balai polis berkenaan beroperasi dan menjalankan aktiviti jenayah seperti memeras ugut penduduk tempatan bagi mendapatkan wang.

Penyamar itu terdiri daripada enam individu yang mengenakan pakaian seragam polis palsu dan beroperasi di luar sebuah hotel di bandar Banka.

BACA: Taksub dengan kecantikan, wanita ini maut selepas besarkan ‘buah betik’