Lelaki ini baru sedar dari koma, koma balik bila tengok bil hospital cecah RM400,000!

Oleh INFORAKYAT

Lelaki ini baru sedar dari koma, koma balik bila tengok bil hospital cecah RM400,000!

SEORANG pesakit yang sedar dari koma akibat cubaan membunuh diri terkejut apabila dilemparkan dengan bil hospital bernilai AS$93,424 (RM386,074).

Selepas seminggu dirawat di hospital, Oliver Jordan menerima bil untuk rawatan yang terdiri daripada penggunaan makmal (RM119,842),

Lelaki ini baru sedar dari koma, koma balik bila tengok bil hospital cecah RM400,000!

penggunaan katil dan wad (RM42,482) dan perkhidmatan bantuan pernafasan (RM51,209).

“Ini betapa mahalnya untuk cubaan membunuh diri di Amerika Syarikat,” katanya dalam tweet tersebut.

Oliver, 21 tahun yang bekerja dalam bidang perundangan di Oklahoma, dalam temubual bersama akhbar The New York Post menyatakan bahawa dia bersyukur kerana mempunyai insurans dan hanya perlu membayar dalam RM11,777.

Bil hospital yang dimuat naik oleh mangsa, Oliver Jordan menerusi akaun Twitternya @alcumist.

Namun, beberapa netizen yang membalas tweet tersebut memaklumkan, nasib mereka tidak sebaik Oliver.

Salah satu pengguna Twitter @darthlola menceritakan tentang pengalamannya di wad psikiatri yang hanya selama dua hari, namun terpaksa melangsaikan bil berjumlah AS$10,000 (RM40,000).

THIS!!! in 2017 I was in the psych ward cause I was suicidal. I stayed a weekend. Im now 10k in debt. literally didnt even get to talk to a therapist abt my issues while I was there.
— (@darthloIa) April 16, 2019

Ada juga yang menyatakan rasa bersyukur atas perkhidmatan perubatan dan rawatan percuma di negara masing-masing, termasuk pengguna Twitter @naagnoool yang berasal daripada United Kingdom.
Thank god for the NHS
— obih (@naagnoool) April 16, 2019

Menurut kajian Health Care Cost Institute, satu lawatan hospital di Amerika Syarikat secara purata bernilai RM7,922 bagi tahun 2016.
Dalam kajian oleh Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health, sesetengah hospital di Amerika Syarikat menaikkan harga lebih 1000 peratus.