Lelaki geram ‘shadow vehicle’ lambatkan perjalanan, netizen jelas fungsi sebenar lori ni

Lelaki geram ‘shadow vehicle’ lambatkan perjalanan, netizen jelas fungsi sebenar lori ni

Lelaki geram ‘shadow vehicle’ lambatkan perjalanan, netizen jelas fungsi sebenar lori ni. Tular satu rakaman video di mana seorang pemuda sedang marah dalam loghat ‘utara’ kepada tiga buah lori yang menghalang lalu-lintas daripada bergerak. Nyata pemuda itu lagi, dia sedang dalam perjalanan untuk ke hospital untuk melihat orang sakit.

“Dak la ni 11.56, tengah hari rembang macam ini aku duduk dalam kereta nak pi Padang Besar kot nak pergi tengok orang sakit. Tapi aku taktau pukul berapa aku boleh sampai.

“Sebab yang hang pa tiga biji ini nak buat jalan tengah hari, awat tengah malam tak buat ke? Aku usahalah naik highway nak elak jem. Last-last sekali highway pun jem,” marah pemuda itu.

Netizen memberikan penjelasan bahawa kenderaan tersebut dikenali sebagai ‘Shadow Vehicle’ dan ia bukanlah sengaja untuk melambat-lambatkan perjalanan pengguna lebuhraya.

Sebaliknya bagi memastikan kerja-kerja pembersihan atau penyelenggaraan di hadapan dapat diselesaikan secepat mungkin tanpa membahayakan semua pengguna lebuhraya.

Lelaki geram 'shadow vehicle' lambatkan perjalanan, netizen jelas fungsi sebenar lori ni

Pada masa sama netizen merasakan tindakan pemuda itu tidak wajar kerana mereka (Shadow Vehicle) hanya menjalankan tugas sahaja untuk keselamatan semua pihak yang ada di atas lebuhraya.

Dalam perkongsian PanduLaju pula, lori tersebut merupakan kenderaan rasmi yang digunakan oleh pekerja penyelenggaraan PLUS Malaysia dan UEM EDGENTA untuk tujuan menutup jalan bagi tujuaan penyelenggaraan membersihkan objek-objek berbahaya yang ada di atas lebuhraya.

Penutup jalan itu boleh berlaku secara dirancang atau tidak terancang.

Lelaki geram 'shadow vehicle' lambatkan perjalanan, netizen jelas fungsi sebenar lori ni

Jadi semua pengguna jalan raya diminta mengikut arahan dan tidak cuba memotong kenderaan-k

Lelaki geram 'shadow vehicle' lambatkan perjalanan, netizen jelas fungsi sebenar lori nienderaan tersebut kerana penutupan jalan itu cumalah sementara demi keselamatan semua pihak.

BACA: 

“Takut nanti awak yang lunyai..”, jawapan padu Sharnaaz Ahmad buat ramai yang setuju

Dah umur 50 tahun, terkejut tahu keadaan terkini Melissa Saila – “dulu femes cerita cili padi”

CATEGORIES