Lelaki dihukum penjara 263 tahun oleh Mahkamah Ayer Keroh, netizen teka tahun bila bebas

Oleh DAHLIA MARZUKI

Pengajar kelas renang dihukum penjara 263 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas 32 pertuduhan rogol

, amang seksual dan melakukan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya.

Hukuman diputuskan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Darmafikri Abu Adam dalam prosiding berasingan

selepas tertuduh yang berusia 36 tahun mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman pemenjaraan selama 35 tahun selepas mahkamah membenarkan hukuman berjalan secara berperingkat mengikut pertuduhan.

Lelaki dihukum penjara 263 tahun oleh Mahkamah Ayer Keroh, netizen teka tahun bila bebas

Terdahulu, tertuduh mengekalkan pengakuan bersalah terhadap 12 pertuduhan rogol mengikut Seksyen 376(2)(d) dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (KK) serta amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Tertuduh juga mengaku salah atas lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek mengikut Seksyen 377CA KK.

Semua kesalahan itu dilakukan terhadap seorang remaja perempuan kini berusia 16 tahun antara Januari 2020 hingga 14 Mac 2023 tahun lalu di sebuah rumah di Taman Maju Jasin.

Seksyen 376(2)(d) dan Seksyen 376(1) masing-masing memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan dan penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dan ditemani isteri merayu hukuman ringan atas alasan mempunyai anak kecil serta perlu menjaga ayah yang sakit.

BACA: Ini senarai syarikat yang di miliki oleh GISBH ramai selalu berurusan