lelaki dedah taktik terbaru ‘scammer’ konon ada gambar lucah tersebar

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seorang gadis berjaya mencuri perhatian orang ramai baru-baru ini selepas memuat naik satu tangkap layar memaparkan mesej diterimanya melalui akaun media sosial.

Menurut gadis berkenaan, mesej itu dihantar oleh individu tidak dikenali mendakwa gambarnya dalam keadaan tidak senonoh telah dihantarkan ke kumpulan sembang.

Konon berniat mahu membantu, individu yang menggunakan akaun wanita berusia itu juga mengatakan bahawa gambar tidak senonoh tersebut tidak boleh dipadam.

Gadis terbabit kemudian membuat keputusan untuk berkongsi kejadian dialaminya itu di platform media sosial sebelum membalas mesej tersebut kerana merasa curiga.

“Mak cik mana ini? Tiba-tiba terima DM (pesanan secara terus) mengenai perkara ini. Boleh percaya ke?

lelaki dedah taktik terbaru ‘scammer’ konon ada gambar lucah tersebar

,” soal gadis berkenaan menerusi satu hantaran di platfrom X.

Mengundang perbincangan hangat, perkongsian gadis terbabit berjaya meraih 1.5 juta tontonan dari pengguna platform yang dahulunya dikenali sebagai Twitter itu.

Rata-rata pengguna mengakui turut mendapat mesej yang serupa dan mendakwa bahawa ia mungkin modus operandi terbaharu sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Sekiranya penerima mesej memberikan respon, individu terbabit akan menghantar satu pautan yang kononnya menghubungkan pengguna kepada kumpulan sembang.

Namun sebaik pautan tersebut ditekan, sindiket mungkin akan menggodam telefon untuk mengambil maklumat data sensitif pengguna terutama berkaitan perbankan.

Berikut penerangan mengenai modus operandi terbaharu ini di dalam bentuk video yang dimuat naik oleh seorang pengguna platform X dikenali sebagai Jalal Misai.

“Taktik baharu scammer. Nanti kita tanya kumpulan sembang yang mana, dia akan berikan satu pautan. Kalau kita tekan pautan itu, dijamin akan ranap. Ini ‘ranap’ yang dimaksudkan. Hati-hatilah.” Ciapnya.

BACA: Dibesarkan dengan peraturan ketat, Iman Troye dedah dapat miliki telefon pada usia 17 tahun