Lelaki dedah malam semalam malam Lailatul qadar sebenar, siap tunjuk bukti

Lelaki dedah malam semalam malam Lailatul qadar sebenar, siap tunjuk bukti.Usai subuh tadi, bersegera balik untuk uruskan anak2 ke sekolah. Park kereta dan keluar sambil menjenguk ke arah pokok2 bunga. Subhanallah, terkejut teman bila tengok pokok ubi ni tunduk ibarat rukuk. Tengok betul2, aduh memang tepat dgn arah qiblat.

Subhanallah. Subhanallah.

Ya, betul tuan2, bukan syarat pokok tunduk utk mengesahkan malam Qadr. Atau sebagai tanda. Signal. Alamat. Tapi, ia juga bermakna, tidaklah mustahil jika itu tanda yg Allah berikan kpd sesiapa yg Dia mahu.

Teman kira, ehhh malam tadi malam 27. Teringat status Ust Basit yg seperti menekan2 amalan malam tadi. Teman terus sedih, ya Allahhhh malam tadi aku tak solat sungguh2. Mengantuk. Tak berjaga sepanjang malam. Apakah aku lalai ketika orang ramai turut lalai?

Kemudian teman fikir, takkan aku terpilih? Aku penuh dengan dosa, ‘kejahatan’ hati dan ‘kelompangan’ amal!

Kemudian masuk ke rumah, ambil HP dan rekod apa yg teman lihat.

May be an image of tree and road

Teman tunjuk pada isteri gambar ini bila dia turun dari tingkat atas. “Owh, semalam masa keluar dari Mazda, Ilyas tarik pokok ni sebab menutup muka pintu masa dia nak keluar”! Ermmmmmmmm kisah gagal pencari tanda Qadr.

 

Lelaki dedah malam semalam malam Lailatul qadar sebenar, siap tunjuk bukti | Info Rakyat

.

BACA:

Senarai stesen minyak yang jual kad Touch ‘n Go versi baharu

Enggan berpisah, wanita sanggup kahwin kucing sendiri

Kecoh ‘food rider’ tiba-tiba ghaib, dah sebulan lebih motor tersadai

CATEGORIES