Lelaki cerita ‘kisah gelap’ main trade forex, “sebab tu ulama kata haram”

Lelaki cerita kisah gelap main trade forex sebab tu ulama kata haram

Lelaki cerita ‘kisah gelap’ main trade forex, “sebab tu ulama kata haram”. Sudah menjadi kebiasaan sejak akhir-akhir ini di mana ramai anak muda terjebak dengan forex trading. Dijanjikan pulangan yang besar dalam tempoh yang singkat antara yang membuatkan forex menjadi medium untuk orang ramai mendapatkan wang.

‘Dah La Single Tak Ada Duit Pula’ – Suami Fatin Afeefa ‘Bangga’ Tayang Pendapatan RM75,915 Seminggu

Bukan itu sahaja, dunia forex di Malaysia juga turut ‘dijanjikan’ pulangan dalam matawang USD dengan mudah sekaligus membolehkan mereka yang berjaya dalam dunia forex berpeluang memakai kereta mewah berjenama negara luar.

Di sebalik ‘keindahan’ dunia forex, seorang pengguna TikTok @apexsayur27 tampil berkongsi mengapa beliau yang sebelum ini pernah terjebak dengan dunia forex meninggalkannya meskipun meraih wang mencecah 5 angka sebulan.

Menurut lelaki yang dikenali dengan nama panggilan Apex ini, menjadi introducing broker (IB) membuatkan beliau mudah untuk meraih wang meskipun tidak berdagang atau trade.

Lelaki cerita'kisah gelap' main trade forex, "sebab tu ulama kata haram"

Malah, beliau sendiri mengakui terkadang gagal membuat keuntungan menerusi trading sehingga terpaksa meminjam duit isteri berikutan kerugian sehingga RM50,000 sepanjang dua bulan.

Walau bagaimanapun, beliau masih lagi mampu meraih sehingga RM20,000 berikutan jumlah pelabur forex yang tinggi mendaftar di bawahnya. Dalam erti kata lain, beliau tidak perlu trade untuk meraih wang yang besar. Memberi signal dan motivasi sudah menjadi rutin bagi seorang IB.

@apexsayur27 Sifu2 n kawan2 aku yang masih trade hari ni akan marah dengan posting ini, tapi dengan bismillah semoga kejujuran aku ini tuhan xtanya aku kelak. #trade #forex ♬ Berita Kepada Kawan – jihan witta

Meskipun terdapat hari di mana mampu meraih sehingga RM10,000 sehari, Apex mengakui wang yang diperoleh seolah tidak kekal lama dan tiada keberkatan. Beliau juga turut mengakui forex turut membuatkan beliau seolah terikat dengan telefon pintar beliau.

Lama kelamaan, beliau memilih untuk berhenti daripada forex hanya kerana satu sebab iaitu mencari keberkatan dalam mencari rezeki buat keluarga serta mahu meninggalkan perkara yang haram menurut hukum Agama Islam.

Walaupun wang yang diperoleh menerusi perniagaan dikatakan tidak serancak sewaktu trading forex, Apex akui lebih tenang kehidupannya berbanding sebelum ini. Perkongsian yang dibuat turut menjentik emosi para netizen yang menyokong tindakan beliau untuk berhenti trading forex. Berikut merupakan antara respon netizen menerusi perkongsian yang dibuat.

BACA:

Sumareh kena sound dengan TMJ – “dont bodek me, i will kick your ass later”

Automatik jadi jutawan, suami isteri jumpa syiling emas usia 400 tahun bawah lantai, nilai sekarang cecah RM1.3 Juta

Menteri sahkan guru besar disamun duit bantuan RM100K telah langgar SOP

CATEGORIES