Bila sebut tentang mukbang, pasti ramai yang membayangkan makanan segera, makanan laut, atau hidangan istimewa dan mahal.
Namun, seorang TikToker dari Indonesia ini berbeza apabila dia melakukan mukbang hanya dengan hidangan lauk kampung.
Akaun TikTok milik Angik_Maem mempunyai sejuta pengikut, dan kebanyakan videonya mendapat tontonan sehingga 2 juta.
Video terbaru yang dimuat naik oleh Angik telah meraih hampir 200 ribu tontonan
Di mana dia menikmati hidangan mukbang dengan sayur bening, kacang panjang, dan sambal.
Walaupun hanya lauk kampung, video mukbang tersebut mendapat sambutan baik daripada warganet Indonesia dan Malaysia.
“Suka sangat tengok video mukbang dia. Semoga sentiasa sihat dan ceria. Syukur selalu dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT,” komen seorang pengguna media sosial.
@anggik_maem2 BANYAK YANG REKUES..!? Makan Nasi Pecel Pedas Pakai Telur,Blendrang Tewel 🤤#fyp #makan #mukbang #nasi #nasipecel #sederhana #nikmat ♬ Jangan Menyerah – risetardianjriwu
Namun, tidak semua video perkongsian Angik diterima baik; kadangkala dia menerima kritikan dan komen negatif kerana hanya menggunakan lauk kampung dalam mukbangnya.
Ada yang berpendapat bahawa lauk kampung terlalu biasa dan tidak sesuai dijadikan konten mukbang kerana dianggap tiada keistimewaan.
Melihat kepada video lain, hidangan lauk kampung itu dimasak di rumahnya dengan menggunakan dapur kayu.
“Walaupun hanya lauk kampung dan guna dapur seperti ini, tetap makanan ini nombor satu dalam senarai. Paling sedap,” komen seorang pengguna di TikTok.
BACA: Bukan 1.2 juta tapi hanya 203 rakyat China dapat kerakyatan Malaysia