Lelaki boleh cuba 24 jenis fesyen rambut ikut bentuk wajah, tak ramai tahu

Lelaki boleh cuba 24 jenis fesyen rambut ikut bentuk wajah, tak ramai tahu

Lelaki boleh cuba 24 jenis fesyen rambut ikut bentuk wajah, tak ramai tahu. Sama seperti wanita, lelaki juga mementingkan fesyen rambut. Selain penampilan diri, fesyen rambut terkini dan trendy menjadi antara aksesori terpenting yang ingin mereka tonjolkan. Tidak dinafikan fesyen rambut lelaki sentiasa berubah-ubah dari satu gaya ke satu gaya yang lain.

Sebelum ke kedai gunting rambut, pernahkah anda terfikir sama ada fesyen rambut yang anda pilih itu sesuai dengan diri anda atau tidak. Buat anda yang mungkin buntu untuk memilih fesyen rambut yang sesuai, apa kata hadam panduan ini agar pilihan fesyen rambut anda kena dengan gaya dan bentuk muka.

Lelaki boleh cuba 24 jenis fesyen rambut ikut bentuk wajah, tak ramai tahu

1. OBLONG: BENTUK MUKA LEBIH PANJANG DARIPADA LEBAR

Lelaki boleh cuba 24 jenis fesyen rambut ikut bentuk wajah, tak ramai tahu

Potongan rambut yang pendek sesuai dengan bentuk muka jenis oblong. Tetapi anda perlu berhati-hati jika mempunyai jambang kerana jambang yang terlalu tebal akan membuatkan muka anda nampak lebih lebar dan besar.

2. OVAL: BENTUK MUKA YANG RUNCING DAN TIDAK MENAMPAKKAN TULANG RAHANG

Lelaki boleh cuba 24 jenis fesyen rambut ikut bentuk wajah, tak ramai tahu

Bagi yang mempunyai bentuk muka oval, anda sangat bertuah kerana kebanyakan daripada jenis penggayaan rambut sesuai dengan bentuk muka anda. Tetapi, berhati-hati dengan pemilihan rambut hadapan atau apa jenis penggayaan rambut yang boleh menutupi dahi anda. Ini kerana pemilihan rambut tersebut boleh menampakkan muka anda lebih bulat.

3. DIAMOND: MEMPUNYAI ‘JAWLINE’ DAN TULANG PIPI YANG BERBENTUK

Lelaki boleh cuba 24 jenis fesyen rambut ikut bentuk wajah, tak ramai tahu

Ia berbeza dengan bentuk muka oval tadi. Untuk bentuk muka diamond, mereka lebih sesuai jika mempunyai rambut depan yang menutupi sedikit ruang dahi mereka. Untuk menampakkan anda lebih maskulin, lelaki dengan bentuk muka diamond lebih sesuai jika mempunyai jambang.

4. BULAT: SAIZ BENTUK MUKA SAMA PANJANG DAN LEBAR

Lelaki boleh cuba 24 jenis fesyen rambut ikut bentuk wajah, tak ramai tahu

Bagi lelaki yang mempunyai bentuk muka round/bulat, jenis penggayaan rambut yang mempunyai sedikit definisi dan berbentuk sangat sesuai. Potongan rambut yang sesuai dnegan bentuk muka bulat anda adalah jenis potongan yang boleh menipiskan bahagian tepi rambut.

5. PETAK: LEBIH BERBENTUK DAN MASKULIN

Lelaki boleh cuba 24 jenis fesyen rambut ikut bentuk wajah, tak ramai tahu

Bentuk muka petak ini biasanya mempunyai tulang muka yang lebih jelas dan nampak lebih maskulin. Bentuk muka petak ini biasanya sama sahaja dengan gaya rambut yang sesuai untuk bentuk muka yang bulat. Mereka lebih sesuai memilih rambut yang lebih nipis di kiri dan kanan serta sedikit tebal di bahagian atas.

6. TRIANGLE: TULANG RAHANG LEBIH LEBAR DARIPADA TULANG PIPI

Lelaki boleh cuba 24 jenis fesyen rambut ikut bentuk wajah, tak ramai tahu

Bentuk muka triangle mempunyai tulang rahang yang agak lebar dan berbentuk berbanding tulang pipi mereka. Lelaki dengan bentuk muka triangle ini lebih sesuai mempunyai kepanjangan rambut yang medium, di mana tidak terlampau pendek dan tidak terlampau panjang.

Baca Juga :
Umie Aida geram video selawatnya bersama ustazah dikecam
Atikah Suhaime kongsi video diet ‘low budget’ jadi perhatian netizen
‘Saya tak goyang’ – wanita ugut nak bongkar sisi gelap Caprice

CATEGORIES