Lelaki berat 200kg diusung 7 ahli bomba dari tingkat 4 kondo ke hospital

Lelaki berat 200kg diusung 7 ahli bomba dari tingkat 4 kondo ke hospital

Sepasukan anggota bomba dikerah menurunkan seorang lelaki yang beratnya hampir 200kg dari tingkat empat Kondominium Spring Field di Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk dihantar ke hospital.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rithuwan Nordi Md Ashari berkata, pihaknya menerima panggilan daripada rakan lelaki itu meminta bantuan menghantarnya ke hospital untuk temujanji doktor.

Seramai tujuh anggota bomba menggunakan alat pengusung untuk menurunkan lelaki berusia 50-an itu.

“Sebaik sahaja tiba di kediaman mangsa, kita mendapati dia yang mempunyai berat mencecah 200kg itu berada dalam keadaan berbaring di atas katil di biliknya,” kata Rithuwan.

Sebuah ambulans kemudian menghantar lelaki itu ke Hospital Pulau Pinang.

Lelaki terbabit yang tinggal bersendirian difahamkan mempunyai masalah kesihatan berkaitan berat badan berlebihan.- FMT

COMMENTS