Lelaki bawa kereta tayar tercabut tarik perhatian orang ramai

Lelaki bawa kereta tayar tercabut tarik perhatian orang ramai

Lelaki bawa kereta tayar tercabut tarik perhatian orang ramai. Seorang lelaki di England ditahan polis selepas dia dikesan memandu kereta dengan salah satu tayar kenderaan itu didapati hilang, lapor portal berita MailOnline semalam.

Polis Nottinghamshire berkata, orang ramai yang prihatin telah melaporkan mengenai pemandu itu ketika dia memandu di sekitar kawasan Ollerton menggunakan kereta Renault yang rosak baru-baru ini.

Menurut pegawai polis, agak sukar untuk dipercayai apabila mendapati kenderaan itu masih boleh bergerak dengan menggunakan tiga tayar.

Pemandunya kemudian didapati melakukan kesalahan kerana memandu dalam keadaan sedemikian.

“Apabila kami mendengar transmisi radio sebuah kereta dipandu tanpa roda, kami kemudian pergi (ke lokasi kenderaan itu dipandu).

Lelaki bawa kereta tayar tercabut tarik perhatian orang ramai

“Anggota polis memerhatikannya terlebih dahulu dan menghentikan (kereta itu). Bagaimanapun, ia masih bergerak. Agak sukar untuk dipercayai.

“Kami kemudian memaklumkan kepada pemandu itu bahawa dia tidak akan pergi ke mana-mana. Kereta itu dilarang (bergerak) dan pemandunya dilaporkan atas kesalahan trafik. Ia benar-benar keterlaluan,” kata Polis Nottinghamshire.

BACA:

Lelaki dari neraka – Rogol ibu dan adik kandung sendiri

Tarikh bantuan khas untuk orang kerja kerajaan diumum

Shila Amzah terasa macam kena sihir, rasa ada benda halus ganggu

CATEGORIES