Legally right, morally wrong – Ustaz Ali Muda

Legally right, morally wrong – Ustaz Ali Muda

Maksud kata-kata ini ialah sesuatu perkara itu sah dan diterima menurut undang-undang, tetapi salah dari segi moral atau akhlak.

Undang-undang itu termasuklah undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan juga undang-undang lain dalam bentuk akta, enakmen serta segala pekeliling semasa oleh pihak berkuasa.

Manakala moral itu ialah etika atau akhlak, iaitu set ajaran murni dalam agama atau agama itu sendiri. “Tidaklah diletakkan di atas neraca timbangan amalan sesuatu yang lebih berat daripada akhlak mulia dan sesungguhnya akhlak mulia itu menaikkan tuannya ke darjat orang yang sentiasa menjaga puasa dan solat” (maksud hadis riwayat al-Haythami dalam al-Majma’ 8/25 dengan rijal yang thiqqah)

Pembentukan kerajaan PN dikatakan legally right, morally wrong. Ia diakui oleh PM8 sendiri sebagai kerajaan yang bukan pilihan rakyat, iaitu tiada mandat daripada majoriti rakyat.

Maksudnya kerajaan yang ada sekarang sah dari segi undang-undang kerana ia akur Perlembagaan, tetapi tidak sah atau batal dari segi akhlak dan agama kerana ia asalnya terbentuk daripada al-ghadr atau pengkhianatan perjanjian.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama persekutuan. Tetapi berdasarkan tulisan di atas, indikator Islam itu seolah-olah bermaksud ceremonial sahaja, bukan untuk dijadikan pegangan dan amalan.

Berdasarkan hal itu, tidak salahlah dakwaan selama ini bahawa Malaysia ini negara sekular, bukan negara Islam. Kerana Islamnya hanya istiadat atau ceremonial sahaja, bukan sebagai pegangan dan amalan dalam semua perkara (way of life), termasuk dalam perkara besar seperti pembentukan sesebuah kerajaan.

Ironinya, komponen parti Islam yang turut terlibat membentuk kerajaan PN beria-ia berjuang lebih setengah abad untuk membentuk negara Islam. Sekarang ia telah mencapainya, walaupun morally wrong.

Jika perkara yang morally wrong boleh diterima, wajar, layak dihargai dan harus dipuji;

tidak salah wanita Islam tak menutup aurat, termasuk pramugari MAS terselak peha dan free hair, kerana it’s legally right.

tidak salah orang Islam minum arak atau melanggan pelacur di Thailand atau Singapura, kerana it is ok legally overthere.

tidak salah SIS mempertikai enakmen syariah negeri-negeri kerana no clause in the laws to ban criticism of Islamic rules.

tidak salah makan gaji hasil daripada jawatan yang diperolehi morally wrong, because it is legally right.

tidak salah untuk murtad diam-diam, kerana tiada larangan dalam undang-undang negara.

Akhirnya, saya ingin bertanya menteri agama, para mufti, ulama, agamawan dan asatizah, adakah diterima perkara di atas, kerana semuanya legally right, morally saja wrong. Macam tak apa aje kan apa-apa yang morally wrong itu.

Saya hanya bertanya, bukan menghukum. Adakah Islam bagi PN, the end justifies the ways atau الغاية تبرر الوسيلة iaitu bertepatan dengan doktrin Machiavelli?

Sumber :