Pasangan serasi, Zain Saidin dan Rozita Che Wan sering menjadi tumpuan netizen di media sosial kerana konten mereka yang lucu dan suka bergurau antara satu sama lain.
Baru-baru ini, satu video yang dikongsikan oleh Che Ta di TikTok @rozitachewan1 sekali lagi menghiburkan ramai
Apabila Zain mengusiknya kerana menggunakan airwheel semasa berada di pusat membeli-belah.
“Leceh bawa orang tua”
Dalam video tersebut, mereka berdua sedang berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.
@rozitachewan1 Besaq sgt TRX ni weiiiii, jenuh menapak dr satu kedai nk p kedai lain🤣🤣🤣 Time ni lah nk explore #airwheel ni weiiii.. .. Tua tk pa janji CEKANG ‼️‼️‼️. . #fyp #airwheel #cheta #rcw ♬ original sound – ROZITA CHE WAN
Kerana pusat beli-belah itu agak luas, Che Ta menggunakan airwheel untuk memudahkan perjalanan, dan Zain Saidin mengusik isterinya hingga membuatnya ketawa.
“Leceh juga bawa orang tua ke mall, dia tak larat nak jalan.. jadi lagu ni lah! Kita bawa orang tua geng, bawa orang tua jalan-jalan kat mall. Kita nak pergi mana? Cari wheelchair, nak?”
Walaupun digurau sedemikian, Che Ta tetap cantik walaupun usianya sudah lanjut. Beliau tidak ambil hati malah turut menertawakan gurauan kasar suaminya. Beliau juga memastikan bahawa walaupun sudah berusia, beliau masih kelihatan muda.
“Biadap eh cakap I tua.. Suka hati je! Sampai hati kata I tua.. Walaupun tua, I jelita tau..”
Pasangan pelakon dan usahawan inai itu terus bermain-main, mengabaikan perkataan suami sambil meneruskan pusingan mereka di sekitar mall menggunakan airwheel.
Di ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur melihat kelakuan manis pasangan ini.
“Sweetnya tengok diorang dua ni!”
BACA: Kenapa perlu umum calon PM lain? Muhyiddin masih Pengerusi PN – Hamzah