Lawan politik anda pun boleh marah seperti anda, Hanipa sindir Ismail

Lawan politik anda pun boleh marah seperti anda, Hanipa sindir Ismail

Adil kah?

1. Saya simpati dengan sahabat saya ini yang merasa kecewa kerana dakwa beliau telah menjadi mangsa fitnah dan berita palsu.

2. Saya setuju jika benar ia berita palsu dan fitnah hatta jika terkena kat lawan politik saya pun , ia bukan satu yang baik dan amat tidak patut. Orang putih kata ” what’s good for the goose is good for the gander”.

3. Rupanya, kita juga boleh merasa kecewa dan marah bila sesuatu yang kita tak suka kena kat batang hidung kita sendiri !

4. Nak tanya bila ” geng” anda fitnah ahli politik PH misalnya dalam surat berbahasa arab, adakah anda juga ada rasa marah?

Atau adakah anda tidak terasa bahawa lawan politik anda itu juga boleh rasa marah dan kecewa macam mana yang anda rasakan?

5. Justeru, adilkah bila kena pada anda dan geng anda, anda semua boleh rasa marah, akan tetapi, anda semua semacam tak kisah bila ia kena pada orang lain?

6. Bila anda semua ” rampas kuasa” beberapa Kerajaan negeri yang dibina dengan mandat rakyat dan rampasan itu pula dibuat tanpa melalui undi tak percaya di dalam Dewan atau melalui pembubaran DUN dan pilihan raya spt yang berlaku di Kedah, Perak , Johor dan Melaka , tup tup bila Gomen Tebuk Atap mungkin dirasakan nak tumbang, tak semena-mena anda semua -dengan wajah yang tak malu dan bermaruah- boleh berkata “jom kita bubar Parlimen.

Sikit je nak tanya ” adil kah begitu?”

Sumber:

COMMENTS