Rendang Kacang dari Negeri Sembilan mungkin tidak popular di kalangan semua orang, tetapi kebanyakan penduduk Negeri Sembilan pasti mengenalinya dengan baik.
Mari cuba resipi rendang kacang ayam yang sedap dan mudah ini.
Resipi ini amat menjimatkan masa anda kerana hanya memerlukan satu lauk. Mengapa satu lauk?
Kerana rendang kacang ini sudah mengandungi ayam dan campuran sayur kacang panjang, jadi anda tidak perlu memasak ayam dan sayur secara berasingan.
Hidangan dari Negeri Sembilan dikenali dengan kepedasannya. Namun, dalam resipi rendang kacang ini, hanya menggunakan cili padi hijau, jadi tidak terlalu pedas.
Resipi rendang ini dikongsi oleh pengguna Facebook, Cik Puan Ain Qaseh. Beberapa komen menyebut bahawa rendang Negeri Sembilan tidak menggunakan santan kotak.
Ini mungkin benar, kerana penggunaan santan kotak dapat membuat rendang kurang berlemak. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada kesenangan masing-masing, kerana santan kotak mungkin tidak memberikan rasa segar seperti santan yang baru diparut.
Resipi Rendang Kacang Cara Nismilan
Bahan-bahan kisar:
– Segenggam cili padi (kena banyak)
– 2 inci kunyit hidup
– 6 ulas bawang merah/ 1 biji bawang besar
– 1 inci halia
Bahan-bahan lain:
– Kacang panjang (dilebihkan)
– 1 ekor ayam
– 3 batang serai (dititik)
– 2 keping asam keping
– Garam
– 1 biji kelapa (santan pekat)/ 1kg santan kotak
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan bahan kisar, serai, ayam dan santan. Gaul rata.
2. Kuah menggelegak, masukkan asam keping.
3. Masak sehingga agak kering dan masukkan sedikit lagi santan, kacang panjang & garam.
4. Gaul dan perasakan. Siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!