“Lantaklah dia nak cakap aku tak hargai ke apa, ada suami pun macam takde, bukan nak jaga aku, asyik turut sangat cakap mak dia”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

MIL menganggap aku perampas anaknya. Dia kerap cakap macam tu dari awal kami kahwin. Suami aku ni satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

Beberapa karenah MIL yang terkesan dihatiku dari dulu & pastinya sampai bila-bila:

Depan suami baik, belakang suami dia m4ki aku.Pernah dia call aku tanpa salam & terus m4ki aku.

“Wei, betina. Hang memang nak tunggu aku mampus baru nak ajak anak aku mai rumah aku?”

Hanya sebab dia call suamiku tak berjawab sebab suamiku dalam meeting. Walhal, baru 2 malam lepas kami ke rumahnya.

"Lantaklah dia nak cakap aku tak hargai ke apa, ada suami pun macam takde, bukan nak jaga aku, asyik turut sangat cakap mak dia"

Aku bersalin anak pertama. Hari pertama di hspital, suami dtg masa melawat & tolong uruskan aku & anak. Tukarkan pampers, basuhkan cawan & pinggan, kemaskan almari. Waktu melawat tengah hari 2jam & petang 2jam. Suami akan dtg awal & balik paling lewat.

Hari ke3, mentua ikut. Suamiku tak ubah macam pelawat lain. Datang 30 minit sebelum tamat waktu melawat.

Baru duduk 5minit, MIL ajak balik sebab nak ke bank & nak beli handbag baru, asyik tengok jam sebab suami aku berlengah sebab sedang kelam kabut uruskan aku macam selalu. MIL dah buat muka & hempas barang.

Aku tahu suamiku lewat kerana mentua. Tapi, aku tetap terasa hati sebab suami aku lewat & x byj yg boleh tolong. Emosi lepas bersalin memang tak stabil.

Aku bersalin czer & byk limitation utk bergerak. Memang mudah ment4lly broken sampai aku rasa, takda suami pun takpa sebab tak membantu. Buat anak sama-sama, tapi tolong urus isteri pun culas. Macam-macam alasan.

Masa lepas pantang, suami bawa tidur rumah mentua sebab mentua buat kenduri. Suami keluar beli ais tiub. Ada tetamu datang. Anak aku tengah menangis lapar susu.

Aku masuk bilik susukan anak. MIL sindir aku pada tetamu ysng datang cakap aku curi tulang. Menantu malas. Buat-buat sibuk dengan anak.

Mentua datang ambil anak aku yang belum kenyang menyusu. Anak aku terkapai-kapai terkejut sebab macam kena rentap. Lepas tu, MIL suruh aku cedok lauk kat periuk besar di belakang rumah (tempat suamiku masak). Konon dia nak jaga anak aku.

Masa aku baru ambil periuk kecil untuk isi lauk, aku dengar anak aku menangis kuat. MIL aku membebel, perangai anak macam mak, asyik menangis saja, manja tak bertempat. Walhal baby lapar, baru 2 bulan.

MIL tak sabar nak suruh hidang cepat-cepat. Boleh je tunggu suami aku balik kedai, tapi dia tak nak.

Aku tak tahan dengar anak aku menangis. Aku ke ruang tamu rupanya MIL hanya biarkan anak aku terbaring atas sofa. Tinggal tak jatuuh tergolek je. Aku cepat-cepat ambil anak aku. Mentua aku marah sebab aku masih tak cedok lauk di luar.

Aku bawa anak aku & periuk lauk, pergi cedok lauk di luar di tengah panas. Lauk tu panas tau. Anak aku pulak menangis tak henti-henti lagi.

Sekali aku menangis sebab saakit hati dengan karenah MIL.

Kebetulan suami aku balik. MIL cakap aku degil nak jugak cedok lauk walhal boleh tunggu suami aku balik. Lepas tu, bila anak nangis stress sorang-sorang & nangis sekali. Saakitnya hati aku. Suami aku terus suruh aku masuk bilik & rehat. Mungkin ingat aku stres bila anak meragam.

MIL call mak aku masa kau kat hspital cakap tak perlu bawa makan tengah hari. MIL dah masakkan & akan ke hspital dengan suami aku untuk hantarkan. Mak aku akur.

Macam biasa, sampai lewat dah. Lagi 15 minit nak habis waktu melawat.

Tahu bawa apa? Bawa nasi bungkus & kari ikan tongkol (mak aku pernah pesan, ikan tongkol tu gatal, untuk yg czer kena jaga betul-betul & tak boleh sembarangan makan).

Aku tak makan. Aku cakap tak boleh makan lauk ni. MIL buat muka & cakap aku mengada. Suamiku tak terkata apa. Suami aku ni tak tahu yang ikan tu tak boleh makan.

MIL keluar dulu tunggu di luar sementara suami aku tukarkan pampers anak. Aku tanya suami, kenapa MIL cakap nak tolong masak & call mak aku tak bagi bawa makan then at last beli?

Suami jawab, MIL cakap mak aku yang call suruh MIL beli makanan sebab mak aku tak sempat hantar.

Aku tak dapat tahan emosi. Memang aku menangis & suruh suami aku buang lauk tu. Lantaklah dia nak cakap aku tak hargai ke apa. Waktu melawat pun tamat. Suami aku tak sempat nak pujuk aku, dah kena keluar. Suami aku call, aku maatikan. Saakitnya hati.

Aku call mak aku menangis-nangis. Aku cakap, aku tak da suami pun tak apa. Sebab suami aku pun bukan nak jaga aku, turut sangat cakap mak dia.

Kalau mak dia bagi makan racun kat aku pun, dia ikut je. Mak aku memang pandai pujuk aku untuk bertenang. Aku minta pengawal keselamatan tolong belikan bubur di kantin sebab makanan hspital dah pun dipungut tepat pada waktunya.

5. MIL pernah datang tidur rumah aku. Masa aku nak buka pintu bilik nak ajak MIL makan, aku dengar MIL bebel, “Anak h4ram ni kalau tak buas tak sah. Barua betul.”

Aku cepat-cepat pulas tombol pintu & nampak dia tengah tolak kepala anak aku yang tengah selongkar beg dia. Ya memang salah anak aku.

Tapi, dia masih kecil & MIL juga yang ajak dia masuk bilik. Masa tu umurnya 2 tahun.

Aku tak tahu kenapa aku buat-buat tak nampak & hanya ajak anak aku keluar bilik. Masa tu, suami aku kat tempat kerja.

6. Masa suami kat tempat kerja, MIL memang berkurung di bilik sahaja. Aku anggap dia letih & berehat. Tapi, bila suami aku nak sampai rumah, dia akan duduk di ruang tamu.

Rumah kami tiada sofa. Memang kena duduk di lantai berlapik karpet. Masa suami aku sampai, selalu dia akan datang peluuk aku & anak.

Memang begitu rutinya.

Tiba-tiba, MIL mengerang saakit & menangis cakap saakit badan duduk di lantai & ajak suami aku keluar beli sofa. Tadi elok je aku tengok, ni sampai kena papah masuk bilik.

Aku merajuk senyap-senyap. Aku suruh suami pergi kedai sofa dengan MIL & aku tak mahu ikut.

Mujur suamiku ni masih ingat perbincangan kami dahulu yang kami tak perlukn sofa di rumah sewa & hanya akan beli sofa lepas masuk rumah baru nanti. Sejuk hati aku bila suami tak setuju dengan cadangan MIL. Aku ingatkan dia akan turutkan.

7. Masa aku bersalin anak kedua, aku trauma & agak akan ada drama lagi dari MIL. Aku dah pesan pada mak aku agar jangan percaya cakap MIL kalau dia berjanji nak belikan apa-apa untuk aku.

Segalanya baik-baik sahaja hingga hari terakhir aku di hspital. Pagi lagi doktor dah maklumkan yang aku boleh keluar cuma sedang proses dokumen discaj.

Aku maklumkan pada suamiku. Mungkin dalam petang dah boleh keluar & minta suami standby untuk urusan discaj. Tak sabarnya nak balik rumah.

MIL ada juga call tanya betul ke dah boleh keluar hspital. Dia suruh singgah rumah dia tetapi aku tolak sebab dengan perut czer nak singgah merata.

Aku nak terus balik rumah mak aku. Aku harap dia faham walau ada nada tak puas hati di hujung talian. Ayat dia, “tunggu maati la baru boleh jumpa cucu.”

Jam 3 petang, dapat je surat discaj, aku call suami. Dia jawab, dia bawa MIL urut kaki di spa. Baru je sampai & nak start sesi urut. Dalam 2 jam lagi dia sampai kat aku. Aku terus maatikan call. Dia call balik memang aku tak jawab.

Eh, suami aku memang tak da common sense ke eh? Dari pagi aku dah inform.

Aku minta mak & ayah aku datang uruskan discaj. Memang aku menangis teresak-esak sebab saakit hati. Banyak lagi hari lain. Kenapa hari ni jugak nak saakit kaki & nak ke spa bagai?

Masa mak & ayah aku sampai pun memang aku menangis lagi. Ayah aku tenangkan aku & tak bagi aku fikir sangat takut meroyan.

Aku bagi kat debit untuk ayah aku selesaikan urusan discaj. Suami aku sampai masa mak aku tengah tolak kerusi roda aku & ayah aku tengah bukakan pintu kereta. Aku?

Pastinya aku buat macam suami aku tak wujud. Ayah aku pulak cuba damaikan suasana & slow talk untuk bawa aku pulang menaiki kereta ayah aku.

Sampai di rumah, suami aku datang tolong apa yang patut. Aku buat tak tahu dengan suami aku. Cakap pun sepatah sepatah je. Sungguh aku terasa hati.

Paling aku terasa hati dia bawa mak dia naik kereta baru mak aku. Kereta suami aku rosak. Mak aku yang bagi pinjam kereta agar senang bergerak & uruskan aku. Boleh pulak dia bawa mak dia ke sana ke mari. Tak malunya

8. Masa aku berpantang di rumah mak aku, MIL kerap call tanya hari ke berapa pantang. Dan asyik sebut & tekan aku, lepas pantang jangan duk rumah mak aku. Cepat-cepat balik rumah sendiri.

Ternyata dia dengki anak aku rapat & manja dengan mak & ayah aku. Anak sulung aku pun 1, memang buat tak endah dengan MIL. Bukan aku yang ajar. Anak aku tak suka kalau orang suka usik & bercakap kasar.

Contohnya, MIL suka cakap “aku sekeh jugak kepala hang ni”, “buas macam b3 ruk”, “mama dah ada adik dah tak sayang kakak dah. Padan muka.”.

MIL umpan anak aku dengan duit tapi anak aku buang je duit. Lepas tu MIL cakap anak aku ni degil & buas macam jantan.

Tapi, jauh di sudut hati aku, aku rasa anak aku ni teringat-ringat je orang yang tolak kepala dia & banyak saakiti dia tapi berpura-pura baik & berlakon sayang depan orang.

Bagi aku, budak-budak ni dia tahu & ingat je apa yang orang buat. Cuma dia tak reti bagitahu.

9. MIL call aku masa lepas pantang anak kedua & masih kat rumah mak & ayah aku. Bagitau yang dia x sihat. Demam & xlalu makan. Dah krus dah badan dia.

Bagi aku, dia minta simpati. Bukan sekali dia buat cerita macam saakit teruk nak maati, tapi bila pergi melawat elok je baru balik dari berjalan-jalan. Konon tak boleh berjalan tapi merata dia pergi.

Kali ni, ayat last dia, “jangan bawa anak datang melawat sebab takut berjangkit kat anak.” Aku pun iyakan je. Sikit pun aku tak risau.

Memang aku takda hati nak melawat dia yang suka berlakon & berpura-pura. Nasib dia lah kalau tiba-tiba saakit betul tapi aku anggap dia main-main.

Lain pula ceritanya, dia call suami aku yang tengah out station, menangis-nangis cakap tak sihat & rindu sangat cucu-cucu dia. Suami aku pulak berkias-kias suruh aku bawa anak-anak melawat nenek mereka.

Aku terus tanya suami aku, “Kenapa? Ibu yang suruh abang call suruh bawa cucu dia ke?”

“Ibu call bagitau ibu tak sihat & rindu nak jumpa cucu. Kalau boleh, bawalah jumpa.” Nak je aku tanya, nak maati sangat dah ke? Tapi aku diamkan.

“Ibu baru lepas call cakap jangan datang bawa anak sebab takut berjangkit. Anak-anak kecil lagi antibodi tak kuat. Dia risau.”

Suami aku terdiam. Aku tanya, nanti kalau aku bawa, aku ni degil la tak dengar cakap MIL & nanti kalau anak aku saakit, MIL akan salahkan aku sebab awal2 dah cakap. Itu ke yang suami aku nak?

Suami aku merungut. MIL ni pun 1, cakap tak serupa bikin.

10. MIL call aku beritahu seminggu tak boleh berjalan. Aku pulak baru lepas tengok kakak ipar aku upload gambar makan kenduri siap ada MIL aku lagi bergambar dengan pengantin. Macam mana aku nak percaya?

MIL aku ni attention seeker, penipu, berlakon, suka bodoh-bodohkan anak, dia je sentiasa betul, suka mencarut, suka m4ki, suka cakap besar, suka hina orang lain.

Aku tak benci MIL aku sebab aku tahu dia syurgs suami aku. Tapi aku cukup benci & menyampah dengan sikapnya.

Doakan aku kuat nak hadap MIL yang psi ko ni. Kalau korang nak tahu, kerap kali je dia call tanpa salam & terus m4ki. Macam ada masalah jiwa.

Kejap ok, kejap tak. Dan sejak beberapa bulan ni, aku memang block MIL aku. Aku hanya unblock bila aku berada dengan suami aku kerana yang manis-manis hanya depan suami.

Bukan aku tak nak merungut hal MIL pada suami. Suami aku pun dah cukup faham & masak dengan perangai MIL. Cuma, aku tak mahu suami aku rasa macam aku benci mak dia. Banyak lagi aku nak cerita perangai psi ko & gil4 MIL aku ni.

Kalau la orang lain, dah lama aku m4ki & ignore je. Tapi tu lah, dia syurga suami aku. Aku pulak kalau meletop, memang dah tak boleh nak tengok muka sampai bila-bila. Terpaksalah aku bertahan.

Kadang aku doakan yang MIL aku cepat maati agar tak menyakitkan hati aku lagi dah.

Ini antara reaksi netizen.

Nuraz. Rakam banyak² m4ki hamun dia dn buat nada dering awk..nnti bila ada call masuk, m4ki hamun dia akn keluar..haha..tu pun, klu awk cukup berhati kering sis..

Hazwani. Baiknya sis. Saya yang geram baca.

Kalau saya akan berbeza, saya akan buat tak tahu. Tak layan. Dan taknak bagi dia sentuh anak-anak saya.

Kalau dia nak dihormaati, dia kena belajar hormat. Cukuplah bertahun sis hormat dia selama ni. Jaga ment4l health sis. Sayang diri sis. Itu yang paling mahal.

Hugssssssss

Hira.Setiap kali dia call siap2 record dan record video perangai dia yang sebenar, nanti mesti ramai tak percaya lagi2 kalau org tua pandai berlakon.

Drama air mata kuat tu.
Kalau sesiapa terutama suami bising, pasangkan video atau record tersebut biar dia tahu perangai psi ko maknya.

Blok saja dia, tak perlu melawat dia atau layan dia. Biar suami sahaja yang layan dia. Setiap kali suami pergi rumah maknya, TT pergi rumah famili TT.

Selagi suami jalankan tanggungajawab dan bela TT dari perangai maknya, stay lagi. Tapi kalau dia bela perangai psi ko maknya dari isteri dan anak2, run away from him.

BACA: “Mak belikan aku jam bila dapat markah tinggi tapi abang tak, sudahnya sampai sekarang kami adik beradik benci satu sama lain”