Lama ‘hilangkan diri’, netizen kata PU Azman makin cengkung

Lama hilangkan diri netizen kata PU Azman makin cengkung

Lama ‘hilangkan diri’, netizen kata PU Azman makin cengkung. Selepas hampir sebulan menghilang, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Azman akhirnya memuat naik gambar terbarunya di Instagram.

Menerusi foto dikongsikan, PU Azman dilihat agak cengkung memakai t-shirt biru gelap dan berkopiah berada di sebuah kenduri dipercayai bersama beberapa ahli keluarganya.

“Alhamdulillah, jarang dapat kumpul, semua lengkap,” tulisnya.

Perkongsian PU Azman itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang meluahkan rasa syukur dapat melihat update terbaru pendakwah tersebut dimana kali terakhir dikemaskini awal September lalu.

Seperti sudah dijangka, ramai yang tertanya-tanya kemana pendakwah itu menghilangkan diri serta rindu untuk mendengar gurau senda PU Azman di radio.

Lama'hilangkan diri', netizen kata PU Azman makin cengkung

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar segala urusan PU Azman dipermudahkan serta terus diperlihara dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah.

BACA:

Pegawai menteri dah mula kemas pejabat

Scalpers terpaksa lelong iphone 14 dengan harga RM653, takut rugi besar

Pengguna Iphone 14 bongkar masalah perantinya

CATEGORIES