“Laki aku tabligh, selalu keluar 40 hari sampai abai nafkah sekali ini kerja dia belakang aku”

Oleh INFORAKYAT

“Laki aku tabligh, selalu keluar 40 hari sampai abai nafkah sekali ini kerja dia belakang aku”“Nafkah tak diberi itu memang benda biasa bagi mereka.

Tabligh keluar berbulan-bulan tetapi duit belanja tidak ditinggalkan untuk anak dan isteri.

Isteri terpaksa berfikir bagaimana nak cari duit untuk makan,” jelas Nurul Atikah di laman Facebooknya hari ini.

Tambahnya, ada golongan isteri yang terpaksa meminjam dengan kawan, ada juga yang terpaksa minta tolong emak ayah dan keluarga sendiri.

"Laki aku tabligh, selalu keluar 40 hari sampai abai nafkah sekali ini kerja dia belakang aku"

“Malu memang malu, suami pakai kopiah, pakai serban tapi orang tahu tak bagi nafkah. Ada juga yang mengadu bila benarkan suami berdakwah berbulan-bulan, rupa-rupanya dah berkahwin lagi satu di sana.

“Kecewanya hati si isteri bila dapat tahu suaminya bukan setakat berdakwah tetapi rupanya turut mencuci mata dengan perempuan lain. Kadang-kadang niat itu mungkin baik, tetapi cara itu yang tak betul,” ujarnya.

Katanya lagi, mahu berdakwah tiada salahnya, malah memang dianjurkan dalam Islam, namun tanggungjawab utama pada amanah yang diberi Allah iaitu isteri dan anak jangan diabaikan.

“Berdakwah macam mana sekali pun, syurga itu tetap jauh bila gagal jalankan tanggungjawab sebagai bapa dan suami yang baik,” katanya

BACa:

Sebab apa peluang hidup sangat nipis bila kapal terbang terhempas di laut? Ini jawapan yang buat korang nak tahu

Patutlah kaya anak Tun M rupanya dapat projek perolehan terus tanpa lalu tender, dedah bekas PM